Blogger Templates

Saturday, October 24, 2009

Bila semua ini akan berakhir....????

Dalam hidup kita.., banyak benda yang kita tak expect akan terjadi... Kepenatan makin bertambah2 bila di sertakan dengan masalah dalam hidup... Aku berusaha nak jadi yang terbaik untuk mereka yang lain.. Tapi sebaliknya yang berlaku apabila perkara yang berbeza berlaku....
Sejujurnya, aku berasa amat2 sedih dan pilu. Aku tak pernah jangka benda ini berlaku. Baru pertama kali aku nak berbaik dengan laki, tiba2 ini yang terjadi.. kau orang jangan anggap aku seorang perempuan yang cekal dan sanggup terima apa aje yang berlaku. Aku masih seorang perempuan yang lembut, punya hati dan masih punya perasaan.

Gara2 gosip tu semua ini berlaku., aku dengan ------- mula renggang. Aku mula terkilan dan mula jauhkan diri. Hanya kerana dia takutkan gosip, dia jauhkan diri dari aku dan mengharap aku tegur dia. Ya aku masih tegur.. walaupun aku rasa perit di hati. Semuanya dah berubah..
sakit dan peritnya hanya Tuhan yang tahu. Aku tak sengaja tadi, aku betul2 taktau yang dia ada hal kul 8 malam. Then aku sangka dia akan cakap camtu kat aku... Kau masih tak kenal aku lagi. Aku seorang yang sensitif.., cepat tersentuh, mudah menangis... Aku taknak tension kan diri aku, kalau tak mak dan ayah aku akan susah... satu rahsia aku yang kau taktau.. satu rahsia yang mmg kau akan berubah pandangan terhadap aku. Aku da cakap, ikhlaskan diri berkawan dengan aku. Masalah diri aku betul2 da ubahkan persahabatan kita. Aku redha dan aku pasti ada hikmah di sebaliknya. Aku hormati pendirian kau.

Satu lagi, ___..., aku da penat dengan kau.. kalau kau terbaca blog aku.., aku nak kau tau.., aku ikhlas sayangkan kau.. Walau aku keluar ngan lelaki lain walau aku cakap lelaki lin ensem dan macam2 lagi.. Aku masih rindukan kau.., aku masih fikirkan kau.., aku masih sebut nama kau.. Tapi aku betul2 da penat.., aku tau kau bukan untuk aku..., kau tak pernah ada rasa dekat aku. Aku tau diri aku sendiri.. Setiap kali aku jumpa, dengar suara kau.., chat dengan kau.. aku sentiasa berdebar2.., senyum dengan tiba2.. Salah aku ke semua tue?? Aku masih mengharapkan kau... tapi aku betul2 da penat sekarang.. Aku nak lupakan kau.., taknak ingtkan kau.. mmg susah nak buat.. Aku ikhlas sayangkan seorang insan bernama ____ ____ _____.....

Bila semua nak berakhir..??? Kembali tenang??? Aku penat sangat..., apa lagi dugaannya?? kesakitan ini hanya Tuhan yang tahu... Ketahuilah.., aku juga ada hati dan perasaan yang sentiasa berusaha menjaga perasaan orang lain sehingga aku tidak menghiraukan perasaan aku sehingga aku sendiri ada penyakit hati yang akhirnya aku sendiri tak terkawal... Alhamdulillah aku berjaya ubatinya... yang kesiannya ibu dan bapaku hanya gara2 aku menjaga perasaan orang lain..