Blogger Templates

Thursday, October 28, 2010

Baru aku faham !!!!!!!!!

Baru aku faham... sebelum ni mama aku cite, setiap kali nk final exam mesti budak2 engineering menjerit kat tingkap akibat stress.... Aku cume gelak je dengar.., dulu nk sgt jadi engineer.. tyme SPM tanya abah..., 'abah, kalau amik kos engineer boleh tak?? Kak ummu nk skor subject fizik je (psal malas nk baca biology)'... then abah cakap, "kamu pompuan, jadi cikgu ke ape ke.." aku da kecewa dengr statement tu.. baru ingt nk skor fzik nk masuk UNITEN... aku diam je.., mama pun diam je.. pas kur result..., perghhh teruk habis result..., mama terkejut abah lagi terkejut.., dorg diam je tanpa kata.. aku sedih tahap tak ingt ah..., aku tunduk diam je..., pastu dapat matrik perak.. dolu2 org kata sapa dapat matrik perak dak pandai..., arghhhhhhhhhhh lupekan semua cerita2 dongeng tu.. maka ramailah dak2 manjung terutama dak SMKSM dapat situ..., suke3... tapi dapat hayat sebab tetibe bio lagi tinggi dari fizik.. nak tukar konfom abah tak bgi.. takpe.., tekad nk jadi doktor la konon.. alih2 sem 1 result masya Allah teruk nya......... down sgt tu hanya Allah yg tahu... sgt333333 down rasa malu+stress sesgt... abah masih tak kasi kuar. katanya cube dulu... ok, aku pun berusaha tuk suke bio.., last2 tyme sem 2, semua kawan2 aku terkejut... bio aku kalau tak A dapat B+ cmtu..., sape tak terkejut beb... segala soalan2 kawan aku tanya Alhamdulillah aku boleh jawab. bertambah3333 terkejut la dorg..., kimia pun aku boleh bt tambah3 math.. tu sebab aku konsentrate tyme lect n tuto.. segala macam tuto ku cube bt.. lectrr bio yg still sama dari sem 1 bangga ngn aku... suke die sebut nama aku... sama ngn lectrr kimia aku... pastu aku da mula mint sesgt ngn biology... rsa mcm da sebati..., result sem 2 kuar.. Alhamdulillah dapat bagus tapi still xdpt cover result sem 1 dolu..., bukan nk bangga cume bercerita, resultku lagi bagus dari kawan2 ku, tapi sbb result sem 1 teruk jadi tak blh cover.. pegi interview for UPSI... free di tendng... mmg xde talent jadi cikgu... kuar UPU nya keputusan... sekali.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dapat kos engineering.. mechatronic engineering kt UMP... habs jauh.. abah da bising2 sebab apply UMP... kos engineering... habis habisan die tak bg... alih2 die tnya semua org pasal kos ni.. die cakap kos tah ape2 tak sesuai la ape la.. hbs tu aku diam je... abah n mama cube cari U laen... kolej laen.., dorg terdiam sebab tak amik perkembangn sekrg... dolu aku nk mintk UITM tak bg.. pastu nyesal lak.. nk gak aku jadi cikgu... alih2 mama aku cakap.. "tu la dulu anak tu nk jadi engineer tak bg.. Allah nk tunjuk tu.., pegi kok cabang bio tapi dapat gak engineering.. ada hikmah tu.." pastu abah diam je...

alih2 abah tanya, kamu nak pegi ke?? the rest is history..., heeee :P skng di sini la aku... n skng aku 1 U ngn dak yg aku suke tyme kat mtrik... sapa die... jeng3... biarlah rahsia..., hohohoho..., ermmm skng aku cube adapt kan diri ngn suasana sini n berusaha tuk suke balik subjek fizik...(tak sng oooooo) sebab apa aku bukak kisah lama???:|sebab nk bagi hilng ngntuk... nk study woo sok test Manufac pepagi ari.., ngn siapkan assgn + projek BI..., assgn programming ni memeningkan kepala saya la.... dizzy3....
hah...., cmni la pening nya aku skng... ok.. tido sejam... nk study lagi.... satu tebal buku kalpakjian.... fuhhh~~~~~~~~~~~~

Sunday, October 24, 2010

aku dan mereka..

hello3...., huhu.., ari ni aku bejaya kuar lagi. Tapi rini kuar ngn org laen lak..., iaitu... jeng3... bersama Cik Fiqa dan incik Jamil... hoho.., plan asalnya nak beli kasut jamil n cari casing for project electrical lab kami (incik jamil bukan sama group ngan ku :P). Sesudahnya siap mencari kasut incik jamil dan casingku, kitorg pegi ECM,, yeah nak tonton wayang... yea44444 hohoho bes3 da lama tak tgk wayang woooo asyik tgk kt laptop je. heeee :D, cite yg kitorg tgk cite reign of assassins bes ooooo... terbaek ah..., yg pasti seblum masuk wajib mesti harus beli popcorn, incik jamil ni mmg wajib ada bnde tu kalau boleh dua popcorn harus ada tapi kali ni die makan satu je.. musykil3... nk upload gmbr xmungkin terjadi kerana xblh amik gmbr..... enset kesayanganku rosak jadi boleh bercerita je di sini tanpa gmbr.. yg pasti bes kuar ari ni.. terima kasih kepada incik jamil dan terutama cik fiqa... ^^

Thursday, October 21, 2010

bahagia ke???

Ok..., for dis week..,

  • Assgn Cp.... DONE
  • Presentation BI.... DONE (alhamdulillah dengan mudahnya)
  • Presentation MP .... DONE (even teruk habis present)
  • Projek CP
  • Projek electrical lab
  • Projek cad/cam
tapi aku bahagia apsal?????
ada test weeeeeeee malam ni.. haiya masih boleh tgk cite hana kimi... Ya Rabbana..Apa nk jadi ni???? Macam2 g kene siapkan...

soknya schedule

  • seawal kul 7 - anta wani ke stesen bus..
  • kul 9 - projek cad/cam (pas test ni siapkan surface machining)
  • kul 11 - proceed projek electrical lab
  • kul 2 - kuar beli barang....
  • kul 7 - insyaAllah pegi masjid ada ceramah bes dari ustaz bes sok...
  • malam nya lak - projek CP....
ok sekian jadual tuk sok... luse laen cite lak...

Monday, October 18, 2010

saje nk gedikx.......

diam xdiam..., da cukup sebulan da aku berumur 20 tahun..., Ya Allah.., da 20 tahun aku hdp d muka bumi mu ini.... Kau permudahkanlah segala urusanku.., aminnnn~~~~~~~~~

sekian...........

saya patah hati.....

awak bagi saya harapan.., lepas tu awak patahkannya... saya bukan kayu yg boleh awak bt macam tu..., saya da give up.., ikut hati awak la nak buat apa pun... Hati saya xda org jaga pun... jadi saya nak jaga hati saya..., hanya DIA yg boleh jaga hati saya, dan mmg DIA yg selalu jaga hati saya..,

saya betul2 kecewa dengan awak semua..., saya baek awak semua buat saya macam ni. Saya jahat lagi la xblh byg apa yg awak semua bt dkt saya.. pegi la maen jauh2..., saya nak jaga hati saya je...

Jodoh di tangan Allah

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana
apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah
keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak
menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah
Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet
tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.
Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire
"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah
tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada
agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang
bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu
ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu
inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah
atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang
menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila

orang-orang agama mengambil ringan batas syariat

duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.



Adakah ia suatu diskriminasi?



"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita

jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada

sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas

jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak

akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh

cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple

mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita

berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah

tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang

kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan

dikahwinkan dengannya.."



Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya

kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,



"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi

hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi

hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya

hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang

bukan milik dia.



Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.



Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai

antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi

apabila kita mencintai saudara perempuan, kita

bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita

ada batas-batasnya.



Orang kafir kata batas-batas ini suatu

diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat

itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki

dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita

mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna

agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.

Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula

dengan yang lain..



Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan

dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha

Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama

bekerjasama untuk mencari redha Allah..

Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan

untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang

awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar

biasa...



Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya

persoalan hati ini.



"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh

cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun

bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada

lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang

curang, suami yang curang..



Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang

penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita

supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta

itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang

kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si

dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,

segala perkara yang kita cintai dan sayangi

termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..

Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,

beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita

benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."



"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita

sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu

untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh

memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri

dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-

kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam

hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa

tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa

sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta

dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza

dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah

pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,

sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta

dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang

pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "



Redha



"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan

untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak

mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau

yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau

dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang

ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap

insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing

-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat

mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna

dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil

kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si

lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan
air mata yang mengalir ke bahu saya....

Sunday, October 10, 2010

again3 n again....

No fon aku bukan tuk di jual tepi jalan.. nak gurau pun agak2 la.. ade ke aku bt cmtu kt korg??? xde kan.... kalau ye pun aku gtau awl2 kan... xpun aku ngaku kan..... bagi naek hangin je ...... hilng mood study.... penat.... OFF!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, October 09, 2010

sayang itu ada bila rindu menyapa.....

Betul kata cik anis.., mana mungkin rindu tu ada kalau xde rasa sayang... Memang betul kata cik anis tu......, walau mcm mana sekalipun aku menidakkan rasa sayang tu, rupe2nya ia ada jauhhhhhhhhhhh dalam hati ni. Tak terkata dan tak terucap.., tersimpan elok dalam ati ni.... sampaikan rasa rindu tu terubat, suatu rasa yg sukar digambarkan dengan kata2, hanya dengan mendengar je, segala rindu yg selama ni terbuku dan tersimpan rapi terluah, terkeluar....

Benarla bila org kata, bila dtgnya rindu, mesti ada sayang dalam hati.... dan cik anis xnk saya terluka teruk lagi, saya amat terharu dengn sikap perihatin cik anis..., tapi cik anis.. sebenrnya jauhhhhhh di lubuk ati ni.. sayang tu masih ada untuk incik _____...... mcm mana saya nk menidakkannya....???? jauhkan la dia dari aku....... aku nak jauhhhhhhhhhhhhhhhh dari dia.... tolonglah cik hati..., buanglah rasa itu jauh3..... tlglah......

Tuesday, October 05, 2010

Engineer-to-be

Hah..., sapa kata nak jadi engineer tu senang??? Habaq mai sikit..., sikit punya susah erk... Banyak benda kene fikir,banyak benda kene developed... banyak research kene buat... Yang penting...., kene pandai MATHEMATIC!!!!!!!!!!!Hah..., kira punya la banyak.. tak masuk g ah yg laen2... Tapi ini jalan yg ku pilih. sooo...., fighting!!!!!!!!!!!! Ape2 pun..., mana ada benda yg senang dalam dunia ni.. kan?????

InsyaAllah..., pada 2013, maka dengan itu..., terhasillah engineer mekatronik first batch dari UMP.... InsyaAllah.., sume akan menjadi engineer yg diperlukan di malaysia mahupun luar negara... Soo...., lagi dua tahun satu sem g.... kui3....., FIGHTING!!!!!!!!!!!!!!

Friday, October 01, 2010

Janji ALLAH itu benar...

Benarlah janji Allah itu.., hidup ini takkan semudah yang kita sangkakan... Sakit itu ada, sedih itu ada, perit itu ada, tangis itu ada.... Aku tak harapkan simpati dari orang lain. Yang aku inginkan persahabatan yang kekal selamanya. Adanya mereka di sisi aku, aku rasa tenang.. Pengorbanan yang mama dan abahku bgi tidak ternilai.. Apa je yg aku mampu bagi?? Tiada..., kalau itulah sahaja yang mampu aku beri... baek aku pegi ke suatu tempat dan terjun dari situ., tiada apa. Hanya berita sedih dan memarahkan saja...

Sesungguhnya Allah tahu apa yg Dia lakukan dan apa yg terbaek buat hamba2Nya..., aku percaya itu. Setiap kesulitan akan ada kesenangan. Jangan pernah tunjuk kemarahan dan kesedihan.., bagai menambah api yg sedang membara... Aku bukan seseorang yg baek sgt mahupun seseorg yg sgt pemaaf... Cuma aku seorang yg tak suke bergaduh dan mrhkan org..., sebab aku tak suke org bt mcm tu kpd aku... Itu adalah aku....