Blogger Templates

Thursday, March 24, 2011

::DEMI CINTA::


FLAVOR OF LIFE
from demi cinta

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Memaafkan pasangan hidup kita seperti memaafkan diri sendiri! Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yang sengaja diperbesar-besarkan oleh kita sendiri.
Tirulah sifat Al A'ffu (Maha Pemberi Maaf)  Allah SWT... yang terus-terusan memaafkan kesalahan hamba-Nya selagi kitam sudi bertaubat. Hanya dosa syirik, selain itu... pengampunan Allah tidak bertepi dan "bertapi" lagi.
Jadi siapakah kita yang tidak mahu memaafkan kesalahan suami atau isteri kita? Kita hanya manusia yang turut berdosa... Apakah kita terlalu suci untuk tidak memaafkan dosa orang lain? Sesungguhnya, manusia lain berhak mendapat kemaafan sesama manusia. Dan manusia yang paling berhak mendapatkan kemaafan itu tidak lain tidak bukan ialah isteri atau suami kita.
Kerana cinta Allah terus sudi memaafkan, dan kerana cinta jugalah kita seharusnya sudi memaafkan kesalahan pasangan kita hanya kerana mengharapkan kemaafan Allah. Ingatlah, kita mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita, tetapi kerana perintah Allah agar mencintai mereka!
Katakan kepada diri, betapa sukar sekalipun, kau wajib memaafkan. Memang kadangkala ada tingkah lakunya, tutur katanya atau sikapnya yang terlalu menyakitkan hati... Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutup mata, dipujuk-pujuk jiwa, tetapi kesalahan itu terbayang dan terkenang jua. Hendak melupakan? Ah, jauh sekali. Sekadar memaafkan pun begitu berat terasa di hati.
Bila datang perasaan semacam itu di hati mu... sedarlah ketika itu Allah menguji cinta mu! Allah bukan sahaja menguji cinta mu kepadanya, tetapi menguji cinta mu kepada-NYA..
Pada ketika itu terujilah cinta kita, apakah benar-benar cinta kerana Allah atau cinta hanya mengikut perasaan atau cinta nafsu? Memang, orang yang paling dapat membuat diri mu marah ialah orang yang paling kau cintai. Jadi bila kita diuji begini katakan pada diri... Oh, Tuhan Kau sedang mengajarku erti cinta dan sabar.
Jika benar cintakan dia kerana cintakan DIA (Allah), maka mudahlah kita mengorbankan perasaan marah. Justeru sesungguhnya cinta itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah. Jika cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan diri kita sendiri.
Kemaafan itu akan memberi ketenangan bukan sahaja untuk isteri atau suami mu tetapi buat hati mu sendiri. Percayalah, kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang (lebih-lebih lagi kepada orang yang kita cintai) adalah lebih menyeksa diri sendiri berbanding dia yang kita marahkan.
Kemarahan seumpama 'bom jangka' yang menunggu saat untuk meledak di dalam diri kita.Ia boleh menjelma menjadi satu penyakit cinta yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu ialah "benci tapi rindu".
Sekali lagi, untuk mendapat ketenangan dalam hidup... berilah kemaafan. Kata ahli psikologi, bila kita memaafkan barulah kita 'bebas' dari belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang kita marahkan itu.
Selagi belum memaafkan, selagi itulah apa yang kita marahkan sentiasa melekat pada diri dan hati kita.Kemarahan itu adalah "api" dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala kemaafan umpama salju dingin yang akan memadamkannya.
Justeru, memaafkan pasangan adalah tradisi atau "life style" orang-orang yang soleh. Sayidina Umar memaafkan isteri yang meleterinya. Sayidina Ali pernah memaafkan Siti Fatimah yang pernah mengguris perasaannya. Kita tentu ingin meneladani mereka bukan? Bermulalah dengan sesuatu yang mudah, maafkan orang yang hampir dengan kita. Siapa lagi, kalau bukan isteri atau suami?
Islam menuntut kita memaafkan musuh kita sekalipun... Apatah lagi memaafkan isteri atau suami sendiri. Ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi. Bukan hanya memberi keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi, itulah kemaafan. Dan hakikatnya suami atau isteri kita lebih berhak untuk mendapat kemaafan itu sebelum kita memaafkan orang lain!
Anehnya kita sukar memaafkan orang yang masih hidup. Kita lebih mudah memaafkan orang yang telah mati. Sedangkan kemaafan itu penting untuk orang yang nasuh hidup, bukan untuk orang yang telah mati.
Bayangkan, isteri atau suami kita tiba-tiba sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya, tenangkah hati kita ketika ditinggalkan oleh sidia buat selama-lamanya? Sedangkan masih ada yang "tidak selesai" antara hati-hati kita berdua?
Atau kita sendiri yang tiba-tiba meninggal dunia, bolehkah kita kembali dengan tenang sebelum memberi kemaafan kepada orang lain? Jangan bertangguh lagi, maafkanlah, kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat sekiranya salah seorang kita pergi menghadap Ilahi dahulu.
Percayalah! Saya pernah mendengar cerita betapa ada seorang suami yang kematian isteri, yang hingga kini masih terseksa jiwanya akibat tidak memaafkan isterinya yang tiba-tiba mati dalam satu kemalangan yang tidak disangka-sangkanya. Mintalah kemaafan, dan berilah kemaafan, jika benar kita sedari mati itu datang tiba-tiba!
Telah berapa kali saya ulangi bahawa jika kita tidak maafkan orang lain, samalah dengan  tidak memaafkan diri sendiri. Hati kita akan lebih menderita kerana itu. Telah terbukti ramai penghuni rumah sakit jiwa adalah terdiri daripada mereka yang bakhil... Bakhil kerana harta? Bukan! Tetapi terlalu bakhil untuk memberi satu kemaafan. Jangan lokek untuk memberi maaf, jika tidak, hidup kita akan sentiasa diselubungi stres, murung dan resah walaupun mungkin tidak sampai dihantar ke rumah sakit jiwa.
Kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan, kekhuatiran, kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu, seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh sebarang pil, antibodi ataupun vaksin... tetapi hanya oleh tindakan memaafkan orang lain. Memberi maaf itu adalah terapi dan penawar jiwa yang lara.
Seorang ahli falsafah, Plato pernah berkata,"kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan." Insya-Allah, sekiranya penyakit jiwa dan fikiran diubati terlebih dahulu maka penyakit lahiriah akan dapat diubati dengan mudah. Siapa doktornya? Bukankah diri kita sendiri? Apakah ubatnya? Ya, sikap pemaaf.
Justeru antara adab tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan oleh kita ialah memaafkan kesalahan orang lain. Setelah membaca "4 Qul", doa tidur dan zikir-zikir yang lain, kita diminta memaafkan semua kesalahan orang lain pada hari itu. Dan "orang lain" yang paling dekat dan hampir dengan kita ialah teman tidur di sebelah... siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita.
Maafkanlah kesalahan pasangan kita sebelum episod hari itu berakhir. Jangan simpan dalam "fail" di hati sanubari kita. "Delete" segera sebelum ia bertukar menjadi virus yang akan merosakkan rasa cinta, sayang, kemesraan dan kerinduan antara kita suami isteri. Jangan lagi fikirkan "sepatutnya, dia tidak boleh buat begitu atau begini..." Selagi masih ada fikiran yang semacam itu, maka selagi itulah tidak akan ada rasa ingin memaafkan atau meminta maaf.
Siapa kita yang sepatutnya dilayan, dihormati dan dibelai mengikut jangkaan kita sendiri? Sebenarnya, jangkaan kita dalam satu-satu itulah yang menyebabkan berlakunya keretakan.
"Isteri ku sepatutnya bersikap begini terhadap ku. "
"Suami ku tidak sepatutnya bersikap begitu dengan ku."
Jangkaan-jangkaan inilah yang menimbulkan kekecewaan apabila ia tidak berlaku seperti yang kita jangkakan. Dan anehnya itulah yang sentiasa berlaku. Kenapa? Jawabnya mudah, dunia dan kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Oleh itu  jangan menempah sakit jiwa dengan sering menjangkakan sesuatu yang tidak mampu  dan tidak sepatutnya dijangka. Sebaliknya, terima atau jangkalah sesuatu yang tidak dijangkakan!
Justeru, bila berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan bersumber dari pasangan kita, maka sikap memaafkan adalah penawar yang paling melegakan. Oh, sepatutnya begitu, tetapi dia begini, tak apalah... aku maafkan. Aku akan terus mengingatkannya, mendidiknya dan mendoakannya. Semua itu kerana aku masih dan terus cintakannya. Bila ada maaf, itu petanda ada cinta. Tiada ungkapan, "tiada maaf bagi mu" selagi ada rasa cinta.
Kekadang ada yang terlalu sukar memaafkan pasangannya. Mereka ini sentiasa kesal, menyesal dan kecewa atas kesalahan, kekurangan dan kelemahan suami atau isterinya. Mereka yang diserang penyakit "benci tapi rindu" ini akan menyeksa diri sendiri. Kekadang isteri dimarahi, diherdik dan dicaci pada siang hari, namun pada malamnya dia akan tidur bersamanya lagi. Rasulullah SAW sangat membenci sikap suami yang begitu.
Mereka yang sukar memaafkan pasangan hidup akan terseksa sepanjang hidup. Hidup dalam kebencian, kesepian, kemurungan dan rasa bosan yang berpanjangan. Bila dekat timbul jemu, bila jauh timbul rindu.
Jadi maafkanlah selagi dia menjadi teman hidup mu. Petanda cinta mu akan ke syurga ialah rumah tangga mu di dunia menjadi tenang, damai dan harmoni. Apalagi yang boleh menyumbangkan ke arah itu kalau bukan kemaafan?
Kata ahli psikologi, "Tuhan boleh mengampunkan segala dosa kita, tetapi sistem saraf kita tidak." Maksudnya, sistem saraf tidak akan bertolak ansur dengan ketegangan dan kerisauan. Dan jauh lebih lama sebelum itu Rasulullah SAW telah mengingatkan, matilah kamu dengan marah mu!
Saudara/i ku, aku yang menulis ini pun masih bermujahadah untuk memaafkan. 

::jadualku ::


FLAVOR OF LIFE
Oh ye..., jadual aku untuk minggu ni n next week....

25/3/2011 - mungkin ada presentation.
                 - setup tempat untuk kempen sayangi bumi.. as exco protokol.. errrghhhh T_T
                 - kelas ganti thermal... xda mknanya dtg nk kene g setup tmpt nu...

26/3/2011 - digital mini project... decoder decoder decoder.... masih tak siap2 lagi..
                 - digital lab... with prof faizal... so need to do nicely... (sila cari circuit malam ini jugak =,=)
                 - projek programming... zzzzzzz~~~~~~~
27/3/2011 - sila study analog test2. sebabkan isnin bz....
28/3/2011 - opening ceremony untuk kempen sayangi bumi...
                 - being protokol and narrator..
                 - test at nite... T_T zzzzzzzzzz

n soon... for tonite... cari crcuit untuk digital n siapkan speech MC untuk opening ceremony...

me as engineering student? Specific., mechatronic engineering student?? bak kata en nasrul la kan...,
isnin, rabu, jumaat - robot.
selasa, khamis - tikus
sabtu , ahad - manusia...

serius... inilah life kami as students... maknanya inilah life's student... =.=' bdw i love being bz lik dis... :)

Monday, March 21, 2011

::..... Ya Allah::


FLAVOR OF LIFE
Insan teristimewa dalam hati aku..., my abah...

Update 1 - My uncle Md Tarmizi Mahmud dalam keadaan tenang telah meninggal dunia pada pagi td di Hospital Pakar An Noor, Makkah.Setelah selesai urusan pendaftaran kematian, jenazah telah dibawa ke tempat pengurusan jenazah Al Muhajirin untuk dimandi dan dikapankan di situ. Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar.

Update 2 - Insya Allah jenazah akan dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat fardu Subuh besok pagi. Dimaklumkan juga bahawa jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Al-Shai'ir, Makkah. Al-Fatihah

Update 3 - Dalam keheningan kira2 jam 4 pagi tadi, jenazah tiba di dataran Masjidil Haram. Ramai rakan2 jemaah haji Malaysia turut serta menunggu jenazah untuk dibawa ke dalam Masjidil Haram. Selepas solat Subuh, jenazah disembahyangkan dengan diimami oleh Sheikh Abdullah Aljuhainy bersama sama ratusan ribu jemaah. Subhanallah..........

Update 4 - Setelah selesai, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Shai'ir yang terletak kira kira 20km dari Masjidil Haram berhampiran dengan Ja'ranah. Van jenazah dipenuhi dengan rakan2 allahyarham dan setelah sampai di tanah perkuburan jenazah terus dibawa ke liang lahad no 76, blok 73 untuk dikebumikan. Semua urusan selesai dengan baik alhamdulillah.......

Update 5 - Sesungguhnya Allah amat menyayangi dan mengasihinya. Kepada semua ahli keluarga dan rakan2 beliau, pemergian allahyarham usahlah ditangisi dan diratapi....insya allah berkat doa ratusan ribu jemaah di Al-Haram semoga beliau mendapat keampunan dan diangkat darjat dan tergolong dikalangan golongan para shuhada dan solehin. Marilah sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.....

A lot of thankz to my abang sepupu... Syazwan Othman for being there. Accompany my mom and help everything. Hanya Allah tahu dan akan balas kebaikan abang wan.. Al-fatihah.. (kerinduan yang tak terbendung lagi =,=)

Sunday, March 20, 2011

::miss u so badly::


FLAVOR OF LIFE
OMG..., haish.. Ape aku nak buat? Serius sangat rindukan arwah abah. Nak nangis tapi xley ngalir la plak. Tahan2.., seceria mana pun aku. Makin aku ceria sebenarnya aku makin rindukan arwah abah. Dan dalam keadaan aku rindu ngn arwah abah, aku mesti kol mak. Cakap2 then ok balik.. tapi sebenarnya menghrpkan seseorg tu kol aku. Da lama die tak kol.., sgt rindukan die. 

Tolong berpijak di bumi yg nyata!!!!!! Dia bukan untuk aku, simpan je rindu ni. Walau cik ika cakap, lupekan je dia, cube berkawan dgn org laen. Tapi kenyataannya makin nak lupekan makin dia dtg balik. Damn!!! Aiyak..., 


Namun kuterlanjur mencintai dirimu..
Terlambat bagiku, pergi darimu!!
Bagiku terlalu indah perasaan itu..
‘Tak mudah untukku.. menjauh darimu!!

Telah ku coba segala cara
Untuk bahagiakan kamu
Merebut hatimu..
Namun tak semudah yang kubayangkan
Bila kau tak inginkan ku ‘tuk di sisimu.

Tak pernah kurasakan sebelumnya
Kuinginkan dirinya hingga ku tak kuasa
Meyakini hatiku bahwa ku mampu berlabuh

Wednesday, March 16, 2011

::pos kelajuan::



FLAVOR OF LIFE


hah..., tgk sendiri.. barang da sampai sebenarnya kat UMP. Tapi bahagian pos kat dengn lab aku jeeeeee lak tu. Kalau tau amik je tadi. Xde la sok susah2 nk kene g office kolej kediaman.. *___* sabo jela... Da kene ulang alik. Sok pagi kelas kat lab, pastu tu g amik barang pastu g lab balik sebab ada project + lab kene siapkan.. Da la lab takleh gune waktu malam.... HILANGLAH RUMAH KE DUA KAMI!!!!!! Uhuk3..., xpe2 xde org yg tak penah buat salah. =.= (ngan nada sangat kecewa)... Lab oh lab...., inilah life mechatronic student...

sekian~~~

::facebelog::


FLAVOR OF LIFE

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

=,=, ye saya menjoinkan diri saya dengan 'facebelog'.. bukan nak femes tapi sesaja untuk kerja sambilan + menyibukkan diri setelah sememgnya bz ngn keje di belog.. Bdw, not bad la facebelog ni not bad la.. mmg korg bleh kenal blogger yg laen.. Tapi belogger yg fofular tu mmg da tersedia almaklumlah, aku ni tak fofular jadi kene la fofularkan diri sendiri... =,= fine..!!! fine!!! fine!!!! Ok, step2 nak menjadi ahli facebelog ni senang saja.. korg ikut je step2nya.. tapi sebelum tu kene la pegi ke page nya seperti yg termaktub...

sekian saja~~~~ =.=!

Sunday, March 13, 2011

::sad::


FLAVOR OF LIFE
Hye all...,

ok fine.. aku bad mood sangat.... AKU TERASA HATI, ADA ORANG KISAH TAK???? AKU SEDIH ADA ORANG KISAH TAK??? AKU RASA NAK MENJERIT ADA ORANG NAK TEMAN TAK?? Fine!!!!!!!! Fine!!!! Fine!!!!

::LovE sOMEoNE::


FLAVOR OF LIFE
Hye all, okey aku sebenarnya lebih kepada stalker dari menaip belog. Well, aku ada stalk satu belog kawan member aku ni. He... oh okey, 'he' =,=... dia itu lelaki,okey, he said that love is cheap, love is expensive and love is priceless, and u set the price. My answer is love is not something that u can get by giving a price. Love come from heart, u didn't need to show it but u can feel it. So i'll choice love is expensive, u can't bought it but u only can have it. Love the right person will give u the true happiness. never ever blame someone when they dump u.

Sincerely, i really2 miss him. I miss when he always buzz me when i bz with my homework. I miss his voice and everything about him. But what can i do, between me and him, it is so impossible. yeah.., aku sangat excited nak pindah pekan sebab aku dapat dekat dengan dia. In the same time, i hate it. He's not the one for me. Not him...,

Sunday, March 06, 2011

::love someone, never hate anyone::


FLAVOR OF LIFE
Hye all..., yeah ari ni terlebih rajin nak buat entry sampai dua. 'Love someone, never hate anyone'... Honesty, i ald forget about u, i didnt love u anymore. But i keep telling myself that i love u. So that i would not fall in love again. I so afraid to love someone else. I know when i with u, we will be friend for ever. I'm sori coz i started forgetting u.

I never hate anyone coz i didnt like when people hate me. So try to make my self +ve. So do what ever u want to do coz i'll never hate u. that would be my trademark forever.. InsyaAllah

sekian~~~~

Saturday, March 05, 2011

::A Promise::


FLAVOR OF LIFE
Hye all..., suddenly dalam mood ber'update' belog.. Asal le aku ni pemalas sangat?? Cube rajinkan diri sikit. Act, i made a promise with my adik2... 'Kalau korg nak barang2 ape2 jgn mintak kat mak, tunggu kak ummu keje dulu'.. Yeah.., kalau aku tak belajar rajin2 macam mana nak dapat job yang bagus2 kan? So rajinkanlah diri ini demi adik2 dan mak. Oh aku nk emo sikit ni. Ape pun yang saya buat itu sume untuk adik2 dan mak. Cukup buat kehilangan seorang org yg aku sayang. 'Setiap yang hidup akan mati'....

Oh.., no mood anymore.. (no idea =,=)

Sekian~~~

Thursday, March 03, 2011

::hidup itu tak selalu indah::


FLAVOR OF LIFE
Saya nak nangis. Saya nak bersendirian, saya nak keluar dari rasa ni.
Itu apa yg aku rasa sekarang.., perangai manusia ni ada bermacam2 jenis. Baru aku tau dan alami. Mmg perit kdg2 tu nak lalui, tapi hidup tak selalunya indah kan? Orang boleh cakap, 'aku lagilah ummu.....' macam itulah macam inilah. Mungkin ada orang yang pernah alami benda yang sama macam aku. Memang ada orang yang alami benda yang lebih teruk dari aku. Tapi selama aku hidup ni, aku rasa diri aku makin jauh dari Dia. Mungkin sebab aku sendiri yang makin teruk. Kalau dulu aku selalu bersama Dia. Sebab aku dalam kesakitan, sakit aku hampir 3 tahun. Hanya aku yang tahu perasaan itu.

Lepas sihat dari sakit tu, aku nak sangat lalui hidup macam orang laen. Life kanak2 aku mmg xda kenangan manis sangat. Aku tak tau macam mana nak happy kan diri aku. Aku lebih suke sendirian. Dan aku tak pandai berkawan. Dan bila aku mula nak belajar berkawan, aku di hentam teruk. Kesalahan aku tu boleh je di perbetulkan. Allah uji kami sekeluarga dengan khabar berita tokwan kene strok. Cuti b4 form 5. Hbs form 5 arwah abah accident. Aku yang jaga ngna mak aku. Walaupun kadang2 aku rasa macam apa aku lakukan tak ada orang nampak. Hanya Allah yang nampak. Aku masuk matrik, arwah abah aku still anta tapi yang bawak barang naek ke bilik abah sedara aku sebab kebetulan sama matrik ngn cousin. Masuk U abh anta sebab da sihat sikit.

Setahun kat ump, aku kene hentam ngan kawan yang aku anggap akan jadi kawan baek aku sampai habis sem. Sangat hard tyme tu. Sangat3 menyakitkan dan menyeksakan. Da tu, cuti sem baru2 ni. Abah aku da kembali ke tempat asalnya. Betapa down nya aku hanya Allah yang tahu. Tapi aku bukan anak yang cukup baek untuk selalu doakan dia di sana. Macam2 yang aku rasa. Dosa aku pada Allah tak terhitung sudah. Bilelah hati ini nak bertaubat. Dan entah kenapa hati ni kuat mengatakan aku akan kehilangan lagi seorang orang yang aku sayang. Tolong hati, aku takkan percaya kata hati lagi. Da cukup rasanya.

Allah menguji hamba2Nya mengikut kemampuan mereka.

Wassalam~~~

Tuesday, March 01, 2011

::fikiran bercelaru::


FLAVOR OF LIFE
Ya Allah..., mcm2 dalam otak aku ni hah. Kadang2 sampai jadi penat. Tolonglah...., manusia tak pernah perfect. Jangan sesuka hati cari kesalahan orang lain plak. Ape yg korg buat sampai korg hingt korg hbt sgt? Stop judge people like the way u're now...

Ada org yg bg smngt ada yg mendownkan org... Bdw thank too encik Nan sebab bagi kata2 semangat. Da lama tak dgr kata2 macam tu sejak arwah abah da xda. Ok xmau cakap lagi nanti lagi emo..

Sekian....