Blogger Templates

Monday, April 25, 2011

::EXAM WEEK = ????::


FLAVOR OF LIFE
Salam..,

Finally, minggu yang di harapkan tiba.. Tiba jugak.., yg pentingnya.. PAPER DIGITAL da habisssss tadiiiii... jgn tanya macam mana paper tadi... -.- kerana sebab oleh kerana soalan yang keluar amatlah di kategorikan sebagai senang, maka dengan itu kebluran di awal soklan... D saat2 akhir barulah leyh jwb... Sigh~~~ soklan terakhir tak smpt nk jwb full..... 

Ape2 pun paper digital da hbs.. so skng ni adalah saat untuk berserah dan bertawakkal kepadaNYA. insyaALLAH, DIA akan tolong... Amin~~~
Tapi nak di jadikan ceritanya.., ghupenya boleh bawok sehelai nota full depan belakang.... ape lagi..., lagilah kami rasa macam.....
ape kome ingt soklan tu semudah ABC jeke?? Walaupun senang tapi agak mencabar minda sebab kami bersedia untuk soklan yg susah.. ape2 pun masa untuk berserah sahaja la na.....
Oh ye.., aku meng'on9'kan diri kat lab.. Our fav lab.... sdg bt final projek CP.... Yeahhhh anda tidak salah dgr... FINAL PROJEK CP... again....,

ye, minggu exam kami masih ada satu lagi projek untuk di perbentangkan... Dengan next paper pada 3 and 4/5... iaitu next week... itulah cerita di exam week aku.... okeng...~~ nk cont. bt coding and report for projek cp... biasalah dalam group ni aku sorg je girl.. jadi tukang bt report n coding je.. bak kata sorg groupmate ni... -.-'... see u in next entry... ^_^

Sekian~~~

Wednesday, April 20, 2011

::study weekzzz = ????::


FLAVOR OF LIFE
Salam~~

study week da start.. nak up to date belog pun mcm tak sempat.. aiyakkk...., lega sangat presentation tadi da hbs..

tinggl nk present final project next week.. ok sbnqnya nak cite psai satu bnde ni... howt story gok lah...... alkisahnya maka sudah terjadi d mana kami2lah first batch bagi sarjana muda kejuruteraan mekatronik, yang sadisnya kire agak sadis la kan.., junior kami jugak merupakan last batch mekatronik.. Ape ce ni??? Tapi dwi ijazah mekatronik still d truskan... Maka dengan itu.., sesiapa yang teringin nak amik kos sarjana muda kejuruteraan mekatronik d UMP haruslah mestilah perlulah pandai dan bijaksana dan melepasi syarat2 kemasukkannya ye.. Tambah pulak aktifkanlah diri anda bersama hotlink, kalau tak merit tak lepas duk luaq la hangpa..

Sini bukan macam kat U laen, senang nak dapat ghumah... susoh owwww.. Pepandai mengkome la no... Awok yang da tersedia aktif ni pun merit rendah, udahnya awoknya kawan yang tahap keaktifannya tak sama mcm awok dapat tinggi lagi.. ape cite nya tu...., sakit hati teman.. Sabo jela~~~
 

Ni teman nak isytiharkan.., teman idoknya mau kesoh dowh ngn merit teman... Teman da aktif cukup baeklah tu. Teman nk konsentrate ngn study teman. Idoknya sng kos yg teman amik ni. Mengkalau focus hilang sekali, ngn mengkome sekali hilang... aish geram pulok awok., nak upload gmbr tak blh..xpewla..
awok nak study ni... esok4 lah awok upload gmbq no....

sekian~~


Sunday, April 17, 2011

::special one.... u::


FLAVOR OF LIFE
Assalam~~

Da lama tak up to date ini belog.. Sangat bz mea... kalah dak medik.., =.=' sepatutnya aku study tapi sebab perut lapar satu hapa idea nk kire pun tak dapat. tgk soklan je da boleh nek hangin... 'ape nye soalan ni? grrrrrr~~' (cian soalan di persalahkan -.-) aku lapo dowh~~~ uhhhh....

study week da mula... bukan minggu study week da aku rasa.. dengan segala bagai test ngn presentation ngn project lagi... sape kata kos kami senang?? walaupun final exam juz 3 paper.., tapi kesibukkan tu hah korg mana tau... kuar bilik pepgi hari, balik bilik nun di dinihari... tapi kalo dapat tidoq tu ka..., hambik kau..., enset bunyi lagu apa pun tarak akan bangun mea.... camne la dak medik leyh bertahan... sigh~~~
Haish.., ada la satu kisahnya.., kawan aku berdua ni.., eh silap kapel howt berdua ni salah faham... di status twitter saya tertulih, ' you always make me feel comfortable.. :)' udahnya dorg salah faham... DI SINI saya nak perbetulkan salah faham anda berdua... when i said like dat what  i mean is..., someone dat i know almost 15 years... i never noticed him... until now.., he find me back after 7 years.., but i ignore him until now.., i do realize that he always comfort me.. but its too late.., wat can i do then... like ur post miss ika tapi bukan sebab kami pernah putus cinta dan alami pengalaman yang sama tapi sebab die ada ciri2 yg aku inginkan sebagai seorg lelaki yg bergelar suami.. :) u know wat.., both of us do have same feeling when we are still young... ^^ but everything do change... if i keep that feeling, i'll get hurt soon.. there is know 'if' word in my life.. i do want it once again be happened.. he's always comfort me with his words... that's y i like to text with him.. ^^

so plez, both of u, dun misunderstand it... there is nothing between us.., believe me. i know my own feeling. bdw...., again.. study week.... sigh~~ a lot of think to be covered as we didn't get time to doing it during lect week... so.., will cont to update the belog later..

Sekian~~~

Saturday, April 09, 2011

::PeMuDA YaNG IkHlAS DeNGAN CiNTA::


FLAVOR OF LIFE
Salam

Dalam tengah ngantuk2 ni kan, (mana taknye ngntuk, balik dari lab, bak kata mak aku studio da pukul 5 lebih.. tukaq2 baju kemas2 buku baru tidoq, bangun lak awal g training caturrrrr... bdw thankx mom coz kejutkan tadi..(^_^)) aku bukak la iluvislam.. Ehhhh..., ada post baru la.. =) aku pun bacalah satu pos ni.. seperti mana di entry aku ni.. sangat bahagia kalau dapat yg ikhlas mcm ni.. ishk3.. terharu..., T___T jadi kenkorg baca la ye.., mlas nk taip2 entry panjng2 kene sambung study tuk 5 TEST next week.., adiussss... SILA HAYATI

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

kredit to: Editor: kasihsayang 


 

Wednesday, April 06, 2011

::broken heart::


FLAVOR OF LIFE
Forgetting about u is what i should do... 
Let u go is what i should do long time ago..

Tuesday, April 05, 2011

::i won't fall in love with you::


FLAVOR OF LIFE
Salam~~

Okeh..., aku pun taktau nk type ape. Tapi banyak sangat perkara nak cite tapi biarlah jadi personal aku erk. Bdw, satu topik yg nak sgt aku tulih ni sebab ada kawan baek aku ni, always cakap pasal bnde ni.
So here, like a press conference la.. =.=' (sila bersabar semua ye...) 

Siapa yang tak terharu dengan layanan macam tu? Siapa yang tak cair kalau di layan macam tu? Layan macam mana???? Hah.., mcm mana seorang pakwe layan makwe nye o seorang abang layan adiknya.. macam tulah layanannya.. Mmg sgt touching tahap sepuluh.. 

Tak penah org layan aku macam tu. Tak penah aku senyum macam ni bile msj ngn org.. tapi walau apa pun, jawapan aku buat cik ika comeyl,

'ye saya terharu, ye saya rasa sangat di sayangi. Tapi cik ika, ketua saya pun layan saya macam tu jugak, tapi saya rasa macam kasih sayang seorang abang kepada adiknya. Kalau kamu tanya saya, 'takkan xde sedikit pun rasa?' jawapan saya, rasa sayang sebagai seorang sahabat. Saya masih tak dpat bukak pintu hati saya. Ianya masih untuk seorang itu. Dan untuk pengetahuan cik ika, saya xkan kacau hubungan orang. Dia da ada berpunya, jadi walau apa pun, dia akan jadi kawan saya. when u love someone, it doesn't mean u will get him/her. Let him/her find their own happiness. Jadi cik ika, ini ape yg saya rasa. Dia kawan baek saya, seperti mana seorang lagi kawan yg kamu semua suke kenen kan kami. Kamu mungkin cakap saya memilih pasangan saya, tidak sebenarnya. I keep telling myself, i need to find someone that can accept my family, i dun wan the same think happen like the situation that my sis had gone thru now. I know its hurt her so much. But she keep it. I know my sis very well. This is wat happen after my dad passed away. People would say, not every one like that, but when u think abt it, people in love would not think abt it but people around them will make them realize it. I know how it feel, so i will not do it. Not for once.'

Jadi buat cik ika, jangan tanya lagi soalan tu, biar apa pun yang kamu nampak, itu hanya imaginasi kamu, realiti nya tidak...bdw, thankz for concern about me. I happy when i saw u happy wit him. Let others talk bad think abt ur relationship. Seriusly, u two such a great matching, i'll pray for ur happiness, both of u, let Allah show u, if he is ur mr. rite o not. Lastly, en. suhail ples3..., take care of my frenz if u really mean wat u said to me and cik zalika make sure u do the rite think, wat ever happn. im always here for u. A lot of love to u..., ♥♥♥♥♥♥♥♥



p/s: texting wit him while wrote this entry... so wat???? he's my bff rite??
sekian~~~

Sunday, April 03, 2011


FLAVOR OF LIFE
Salam..

Oh ye, ni ada sedikit perkongsian buat semua. aku dapat artikel ni dari iluvislam... Cukup buat kita semua sedar akan kesilapan dan khilaf kita selama ni.. mana ada manusia yg sempurna tapi bagi yg da tersdr tu cepat2 berubah n mintak keampunan dari Yang Esa...

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:
  1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 
  2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 
  3. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
  4. Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini.Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 
  5.  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
  6.  Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.