Blogger Templates

Wednesday, June 15, 2011

::big day...::


FLAVOR OF LIFE
Assalamualaikum


hai hai hai.... masih penat lagi tapi nak update ini belog jugak.. ape 'big day' nya tu?? Itu adalah fitness test da lepas.... :))))) senyum lebaq ni... k fine... terlebih lebaq da aku senyum.... hangpa apa tau..., altet catur p buat fitness tu.. mmg jenuh, kalau takat sit up ngan push up aku blh lagi buat.. Masuk jak bleep bleep test terus pancit mea...., fine nampak sgt stamina kurang... so what??? kitorg jogging jogging gak tapi kalau da pahtu terperuk kat bilik ber aircond ape cite.. Ni lagi satu, apabila incik Lie bertanya, 'tadi level bape??', aku terus je terdiam... sighhhh kamu saje je tanya camtu. Tau la kamu tough hah atlet takraw.. Cessss...., dush dush dush.... Errmmmm di sebalik big day ni ada hikamah jugak rupenya kenapa kitorg di suruh untuk buat fitness test jugak even sume orang heran bin ajaib kenapa catur pun kene sekali.... Apakah itu, biarlah hanya aku aje yang tau..., oppssss ngan cik ika je yang tau.. 


Iyeeee.., result jugak kuar hari ni dan satu kos aku tak dapat tgk result sebab apa ntah la.. Awok pun tktau kenapa.. Yang pastinya aku bersiap siap g jumpa PA aku, da tau result nak nangis kat situ jugak tapi Encik Nafri bagi semangat.. Thankz untuk itu encik nafri.. 'InsyaAllah sem depan dan akan datang saya akan lebih berusaha, saya akui sem ni saya mmg jatuh sangat sangat sebab saya lost untuk seketika setelah pemergian abah yang tersayang ke alam lain. Dia lah pemberi semangat, kerna dia lah saya amik kos engineering, dia lah idola saya, dia lah tempat saya bergantung. Dan kini saya kene kuatkan kembali semangat saya, untuk mama dan adik adik.. Kini mama lah penguat semangat saya.. Untuk anak yang sangat manja dengan abah, pemergian dia menjadikan saya sangat sangat sangat jatuh sehingga saya tak tau macam mana untuk cari kembali semangat yang hilang tu sampailah saya melihat mama yang sentiasa memberi kata kata semangat, ye, saya tak bersyukur kerna saya masih ada mama saya, saya anak yang sangat tidak adil, dan sangat banyak bersalah kerna melawan ketentuan Ilahi. Mama lah penguat semangat untuk saya terus berusaha walau kadang kadang kami berbicara dalam bahasa yang berbeza, dulu saya boleh berbincang tentang engineering kos dengan arwah abah. Sekarang tak lagi, i have to stand on my own feet. Thankz untuk zalika, afiqah dan laen2 untuk semngat yang diberikan.. Setiap tangisan saya, akan saya simpan. Ini hanya sedikit ujian je, tak sebesar macam orang laen yg kene harungi tu.. Saya sangatttttttttt sayang abah, sangat sangat sangat.... Dan untuk mama, u're the bes mama in the world.. i'll giv my bes to u mom.. Even kokmu jatuh sebab abah dah xada tapi mama masih ada.. Even sometimes, i almost give up. Sampai aku mencari kembali saki baki kekuatan tu. Saya masih ada adik untuk di beri semangat. Kalau kakak dia da lemah macam ni, macam mana adik adik dia pulak.. kan??' 

Dari aku lalut lagi banyak baik aku teruskan analysis game catur aku... Okeh tu pun melalut tapi luahan perasan saje... Thankz for reading all....

Daa~~~ ^_^

Sunday, June 12, 2011

::mimpi dalam angan::


FLAVOR OF LIFE
Assalamualaikum..

Hai hai hai..., da lama hah tak update ini belog. Busy sikit ngan training chess.. Penat kot maen chess, tambah tambah ada fitness hah ari rabu t. Aigoo aigoo camne ni.. kitorg da la bukan sukan yang bersukan.. Apa boleh buat demi nak ke masum... layan jela, walaupun malu nak buat bleep test sebab konfom tak sampai level 3 da pancit... mak aiiiii terukkkkknyaaa....

Ok sambung balik, 'mimpi dalam angan'... Ye saya masih rasa sakit bile teringatkan. Salah aku kau elakkan diri dari aku. Tapi ini yang terbaik, ini jugak yang kau nk kan?? Aku nak sangat berpaling n tgk kau, hanya untuk sekali lagi. Tapi aku tak mampu sebab aku da pandang ke depan dan tak mungkin toleh ke belakang semula. Dan kau jugak macam tu, kau da pandang ke tempat lain, dan aku hanya bagai tembok yang mana bila kau lalu sudah tentu tak berguna dan kau takkan pandang..

Yes,,, ia menyakitkan.. Sangat sangat sangt menyakitkan. Tapi kau mana pernah nampak aku. Aku selalu ignore kan apa yg aku rasa. Apa yang aku inginkan sebenarnya..., semua sebab kebodohan aku sendiri dan kau betul betul buat. Walau ramai yang datang, tapi kau tetap dalam hati. Tolonglahhh cik hati jangan degil sangat... Cubalah bukak hati terima orang lain..

Aku selalu mimpi, kau dalam mimpi tu dan aku bahagia. Dalam angan pun aku harapkan, tapi tu semua hanya mimpi dalam angan. Tak mungkin berlaku untuk kali ke dua. Dan tak mungkin kali ni aku yang mulakn dulu dan tak mungkin kau mulakan ia semula. Sebab kau da ada yang lain. Apa apa pun, kebahagiaan kau, kebahagiaan aku jugak. Walau sebanyak mana pun sayang aku pada kau, tak mungkin aku berpaling bila hati ni da banyak sangat sakit. Semua sebab kebodohan aku, yang memulakan semua ni yang tak mungkin jadi kenyataan dan tak mungkin kita akan bersama dan tak mungkin kau jugak sayangkan aku...

daa~~~

p/s: when people walk away from you,let them go.your destiny is never lead to anyone who leaves you,& it doesn't mean that they are bad people,it just mean that their part in your story is over.

Sunday, June 05, 2011

::hidup aku bukan hidup kau::


FLAVOR OF LIFE
Assalamualaikum...

Hai hai hai.., okeh, entry ni memang kurang di ajar sikit.. Apalah ini tuan punya belog.., sepupu sepapat yang sama sama blogger tau jugak hah gune entry yg baek baek.. Islamic sikit..., jadi sila ketepikan semua itu.. Mana mungkin aku jadi orang laen selain diri sendiri. Macam macam dah hah berlaku, kene marah kene pukul ngan kata kata. Menunggu menghitung hari sama ada kene drop o teruskan perjuangan ke masum..

Wahai encik encik sekalian, maafkanlah kami. Bukan kami tak berikan komitmen, kami inginkan satu sahaja lagi peluang. Setiap manusia buat salah dan silap. Tolonglah maafkan kami..., tambah tambah tup tup tup.... mamat sekalian sekalian itu masuk jugak masum kali ni.. Dushhhh bagai terpukul bila ngendap bukumuka die... Cess..., patutlah kau ada kat sini.. Hampehhh!!!!!!!!!!! Ok ni statement membenci aku kat mamat tu. Janganlah nak buat muka terkejut tengok aku kat sini time cuti cuti. Aku pun ada masum, kalau xkene drop esoklah kan. Kenapalah semua ini terjadi.... stress aku dalam diam diam..

Tambah tambah dapat tau kau pun masuk masum, kalau team aku kene drop. Konfom for sure aku frust tahap tarak hingat punya. Musti aku ngadap laut je tiap tiap hari kang. Sebab tu aku cakap hidup aku bukan hidup kau. Okeh,, lagi mau emo kang lagi lalut aku buat. Kalau aku emo camni (sume sebab kau mamat) kang lagi le korang tak caye ni aku... 

p/s: kalau aku emo pasal mamat ni memang aku boleh terlebih-lebih emo, sebab kau lah sape suruh satu u ngn aku... aishhhh~~~

Daa~~~~

Thursday, June 02, 2011

::sweet honeymoon::


FLAVOR OF LIFE
Assalamualaikum....

Hai hai hai..., ok entry kali ni pun akan jadi pendek sebabkan aku kene tidoq untuk beberapa minit before berangkat ke somewhere with my family. Ye, aku tak pegi training dua hari sebab my mom asked me balik rumah atas sebab sebab tertentu. N my jurulatih berikan kebenaran. So here i'm manjung mari meee... Hahaahahaha.., bdw, topik kali ni pasal 'sweet honeymoon', aku ni da ada satu penyakit, musti harus perlu tengok cite NORA ELENA dulu before tido kalau terlepas cerita tu petang semalam. Episod kali ni best habis ah.... Sweet habis kowt... 

With flowers dengan kesabaran yang tinggi untuk memikat wife dia. SETH TAN watak kau memang menjadi ah... NORA ELENA kau memang sangat bertuah.. Okeh tu sume cerita jela weeeeeee......, realitinya susah nak jumpa. Da la aku kuciwa bile dengar khabar berita yang 'ustaz amirul' da bertunang... Meraung gak ah dalam hati. Sedih kowt.... Bertuahlah si dayana hah dapat si ashraff muslim.... Da jodoh dorang hah.. Tahniahlah..., 

Hah sesape yang boleh jadi penyabar macam si SETH TAN bolehlah isi borang (mood gediks n perasan tahap maksimum) sebab aku jenis yang sangat sangat sangat susah nak sayangkan orang n suka marah marah, cepat melenting, hah part yang korang takkan penah boleh detect n redakan bile aku da merajuk n terasa hati. Susah wooo nk pujuk hati aku balik, aku sendiri pun taktau kenapa.. =.="" Cume sekarang da kureng sikit sebab da belajar jadi matang. Semenjak arwah abah sakit tyme cuti SPM dulu sebab eksiden, kene jaga adik kat umah. Macam macam la kene buat sendiri n tu pengalaman yang buat aku jadi lebih penyabar n tak cepat marah marah da.. dan sekarang lagi la jadi penyabar sebab abah dah xda. Jadi kene kawal n jaga adik adik yang masih kecik, kene jaga hati mak lagi,... rite????

okeng mau tidoq 30 minit before g somewhere... =D

selamat pagi semua... (^___^)

Daa~~~

Wednesday, June 01, 2011

::nora elena::


FLAVOR OF LIFE
Assalamualaikum...

Hai hai hai..., okai ni akan menjadi short entry sebab i esok ada training kul 9 pagi. Yeahh.., i da masuk training untuk preparation masum yang akan diadakan pada 25 Jun 2011 di UPM. Ok stop di situ.. Kenapa aku masih tak tidoq lagi? Ini adalah kerana aku tengok cite NORA ELENA dulu kat tonton.my. Ok aku memang tak sah kalau tak tengok cite tu o skip cerita tu. 

Kepada peminat peminat setia NORA ELENA, mari kita sama sama berangan dan menyimpan angan angan. Ya, ini semua hanyalah khayalan, mana ada orang yang macam itu sekali hah. Sanggup buat apa sahaja untuk isteri tercinta? Romantik habis siut... ye, aku dalam mood jeles yang korg tak terbayang. Mana tak nya, siap bagi flowers lagi, siap tunggu isteri yang sakit lagi. Kalau romantik macam ni sampai ke tua. ALhamdulillah..., kenapa aku masih tak ada someone special lagi? Ianya sebab mana ada orang yang serius mencintai, ikhlas dan benar benar jujur macam watak si seth tan dalam cerita NORA ELENA ni. Moga aku jumpa lelaki yang ikhlas, jujur dan benar benar cintai aku kerana ALLAH. Amin amin amin....

Okeng aku out dulu, mau tidoq. Esok ada training lagi meh...

Daa~~~