Blogger Templates

Monday, December 31, 2012

:: 2013 ::



Moga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. Hati ni akan lebih kuat. In Shaa Allah, bukan mudah tapi DIA sentiasa ada untuk menolongku. Tidak akan aku merayu kasih lagi, keraskanlah hatiku ini. 
Jauhkan aku dari nafsu hati yang tidak pernah puas dengan apa yang di miliki. Aku makin tersasar jauh dari cinta Ilahi. Ku tahu kau mencintaiku, dan kau tahu aku mencintaimu. Jika memang jodoh kita untuk bersama, kita akan tetap bersama. Namun jika bukan takdir memihak pada kita, akan ku cekalkan hati ini.

Kuatkan kakiku untuk melangkah menuju ke syurgaMu Ya Ilahi.

Saturday, December 01, 2012

:: Detik demi detik::


 

Diam tak diam da nak dekat penghujung tahun 2012...n umur ak pun da 22. means dat next year da nak masuk 23. T.T terasa tua!

Dalam sepanjang tahun 2012 ni sebenarnya macam2 berlaku. n Im strong enough =) alhamdulillah.....
 You you n you yg da banyak sakitkan hati dan sedarkan hati ni n banyak ajarkan hati ini...Thank you for dat.

In-Sha-Allah.....next year selepas bulan 6 selamat bergraduasi.

N wish me luck untuk competition
'Innovative Malaysia Competition'
Kelak dalam bulan 5. Wish me best of luck. Semoga projek dapat masuk final stage =)
Amin

 

Thursday, November 29, 2012

:: Kisah Aku ::



Bismillahhirrohmanirrohim....

Dear readers....
Ini adalah kisah aku, kisah yang aku rasakan patut menjadi pedoman.Mungkin blog aku tak la sepopular blogger yang lain. Aku menulis bukan untuk mecari publisiti. Aku menulis sebab tuk luahkan perasaan sahaja. Nothing to share actually.

Here's the story...
Aku suatu ketika dahulu punyai pendirian untuk tidak bercouple sekali lagi selepas aku sendiri minta putus dengan seseorang. Dan ketika saat aku break off dgn seseorang tu sebenarnya aku masih sayangkan orang lain. Dan bukan itu pendirian aku, aku tetapkan dalam hati andai suatu hari nanti ada orang sukakan aku, ak harapkan dia terus masuk minang dan gunekan cara yang betul dan bukan dgn bercouple ni. Dan saat keputusan aku tu di buat, abah baru kembali ke rahmatullah ketika sedang menunaikan ibadah Haji. Aku kuatkan hati demi adik2 dan mak, aku berjanji tuk belajar rajin2 walau saat tu aku lemah untuk terus melangkah. Langkah aku sebelum ni aku atur satu demi satu dgn tunjuk ajar dari arwah abah, lepas abah pergi....aku hilang sekejap. Gelap....Langkah aku terhenti... Sehingga aku mendengar ayat yang keluar dari mulut adik aku.... 

'kokmu...sekolah nk buka dah. Boleh ke siti beli alat2 sekolah ni? Ada duit tak?'

Ya Allah...saat tu adik yang masih xtau...Abah tinggalkan segalanya untuk kami. Sebelum pemergian abah lagi, mak telefon dari mekah minta supaya keluarkan sedikit demi sedikit bonus yang abah dapat untuk bulan tu. Sebab waktu tu, kondisi abah bukan setakat koma tapi sudah mati otak. Yang membawa maksud tidak dapat d selamatkan lagi oleh mana2 doktro di dunia ni. Dan hanya kami adik beradik yang tidak tahu dan tidak di beritahu sehingga satu hari di pagi hari kami di kejutkan dan di beritahu untuk bersedia hadapi sebarang kemungkinan. Air mata kami adik beradik....

Ya Allah betapa kami berdoa supaya abah dapat di kembalikan ke Malaysia semula dan mendapatkan rawatan di sini. Dan yang berlaku sebaliknya di mana abah koma di saat kami di beritahu ketika itu.

Maksu..paksu..makjang...pakjang...paklang..maklang dan semua sekali... Terima kasih sebab sudi menjaga kami adik beradik bergilir gilir sehingga mak pulang semula ke Malaysia bersama abg wan. =)

Aku rasa apa yang aku perlu lakukan berdiri atas kaki sendiri dan berjaya tamatkan degree dalam engineering ni. Sampai suatu saat tu.....pendirian aku di cabar. Dan kerana cinta aku leburkan pendirian aku dengan harapan dia akan tunaikan segala janji yang di katakan dulu. 

Walau berkali kali hati ni terasa di lukai walau banyak kali keimanan ni di goyahkan aku masih terima dan masih rasa dia akan berubah. Manusia boleh berubah seperti mana aku berubah saat perginya abah aku...dari seorang yang pemarah dan pendiam...aku jadi penyabar dan periang demi adik2 dan mak...

Berkali2 aku berdoa moga Allah buka kan pintu hati dia untuk berubah dan ingat janji janji nya dahulu. Aku sendiri tak tau apa kesudahan cerita kami. Aku sendiri tak pasti.....aku akui kekhilafan aku...Dosa aku terlalu banyak. Dan aku yakin Allah itu maha Pengampuan. DIA akan terima kembali taubat aku.

Sehingga datang seorang lelaki yang sanggup sabar dengan perangai dan tingkah laku aku. Dia cube menjadi air ketika aku sedang menjadi api yang besar. Dia sanggup menunggu aku walau tau aku sudah berpunya. Lembut hatinya....Walau apa pun xdapat nak lenturkan rasa cinta aku pada lelaki tu walau dengan kelembutan dan kesabaran dia pada aku.

Tidak aku tahu kenapa Allah berikan aku rasa cinta ini. Hikmah ada di sebalik waktu, dan waktu itu tidak tiba lagi mungkin. Rasa cinta itu masih ada sehingga kini walau aku rasakan hati ni terlalu tidak mampu untuk hadapi lagi...Dia yang selalu sibuk dengan kerjanya, dia yang selalu pinggirkan aku, dia yang selalu lepaskan marahnya padaku, dia yang tidak mampu lagi bagiku untuk bertahan dengan kerenahku. Dan itu yang aku rasakan. Namun rasa sayang itu masih tidak mampu beralih lagi.

Dan ada lelaki yang lembut hatinya dtg dan menghulurkan tangan namun aku menolak sekali lagi. Kerna aku tahu aku tidak mampu lagi lepaskan orang tu. 

Ya Allah...
Aku ingin kembali kepadaMu,
Maka jika dengan menghilangkan ingatanku terhadap dia mampu buatku kembali padaMu,
Aku rela, asalkan aku ada KAU....
dan KAU bukakanlah hatinya untuk kembali kepadamu,
dan menyedari akan kesalahan yang dilakukannya...

Dan setiap kali aku post mcm ni mesti aku fikir semula.....dia baca ke? Apa dia akan cakap nanti? Dia akan marah ke? Dia akan tak pedulikan aku langsung ke nanti?

Duhai hati,
tetapkanlah iman di dadamu,
Jika dia tidak mampu membimbingmu,
maka lepaskan ia pergi,

Duhai hati,
cinta itu masih kuat,
dan cinta itu yang lemahkan dikau,
dan cinta tu buatkan kau jadi begini....

Jangan pernah sesekali izinkan rasa itu bertapa sebelum tiba masanya....lelaki yang lembut hatinya..., kau akan jumpa juga dengan seorang perempuan yang baik untuk di jadikan isteri. Aku bukan perempuan yang baik untuk kau...

Untuk dia,
saya takkan tuntut satu pun janji yang pernah awak buat dahulu...
saya takkan minta apa2 pun dari awak lagi...
saya akan berada di belakang awak...perlahan lahan dan biarkan awak mencari siapa diri awak yang sebenarnya.
dan awak......perlu tahu menghargai dan memberi...
Bukan sekadar rasa dihargai dan diberi...

Allah tahu apa yang terbaik untukku...dan perjalananku masih panjang. DIA sudah aturkan segalanya, dan aku berusaha untuk kembali padaNya. Kerna DIA tidak akan pernah lupa pada janjiNya, dan DIA tidak akan pernah tinggalkan hambaNya dan DIA tidak pernah melukai hati hambaNya...

cinta sebelum halal....tidak seindah yang dibayangkan....hati2 memberi hati pada orang. Berikannya pada yang tahu menghargai bukan setakat beberapa bulan yang pertama. Tapi untuk selamanya...berkahwin juga begitu, bukan untuk sehari dua, bukan untuk sebulan dua bahkan bukan untuk setahun dua tapi untuk selamanya dan sekiranya boleh sehingga ke syurga kelak...

Wassalam....

Tuesday, October 30, 2012

:: Someone.... Dear someone ::


 
Someone,
Make a promise to me,
To keep stay beside me,
To keep loving me,

Someone asked me,
To give my trust to him,
To give my love,

I'm giving you my love,
I'm giving you my trust,

Dear someone,
You promise with me,
You will always say 'I Love You',
You will always be here whenever i need you,
You will never leave me alone no matter what happened.

Dear someone,
It hurts me,
When you forgot all those promise you make,
I kept asking myself,
A mistake that I have done to you,

Dear someone,
I miss the moment when you keep saying 'I miss you',
I miss the moment when you always said, 'I Love You',
I miss the moment when you take my picture,
I miss the moment when you looked into my eyes and smile to me,
I miss all those moments that I can never describe it.

Dear someone,
Things change, same goes to people,
I kept pray to Allah,
To give me strange to keep loving you,
I pray to Allah,
If we are not meant to be,
Then let me learn how to forget you,
and how to let go everything about you in my mind.

Dear someone,
When you meet your real 'Hawa',
Take care of her,
Keep loving her no matter what happened,
Keep saying you love her,
Marriage is not for awhile,
You will married with someone for a long time,
Make it until Jannah,
InsyaAllah...If we are not meant to be,
I pray the best for you,
Maybe I'm not the best person for you,
For you to keep loving me,

Dear someone,
I just want you to know,
I love you,
I never getting bored to keep loving you,
I accept everything about you,
Your weakness,

Dear someone,
For how long I need to stay here,
Waiting for you,
But I'll be always here for you,
No matter what happened,
I believed it,
Allah will help me,
Heal everything by time.

=)


 

Friday, September 28, 2012

:: Finally, final year student::


 
Bismillah..
Assalamualaikum,

Bila da lama tak update blog rasa janggal lak nk tulih apa. Tapi apa ada hal, peminat blog aku bukan ramai pun. Jadi relax cool je update blog.

Kenapa da lama tak update blog?

Cuti tiga bulan bukanlah masa untuk aku bersuka ria bilamana aku menjalani latihan industri di TNB Janamanjung. Lepas je habis training masuk U semula. Dan skarang secara rasminya menjadi pelajar tahun akhir.

Bismillahirrohmanirrohim. Moga Allah permudahkan. Bukanlah senang sebenarnya. Banyak cabarannya. Dengan banyak projek dan kene fikir pasal projek sarjana muda lagi.

Oh ye, projek aku pasal, steering kete yg blh kesan driver yg ngantuk tu. tajuk spesifik aku tak fikir lagi. Aihhh banyak bnde kene belajar lagi ni.

Ya Allah,
Permudahkanlah segala urusanku untuk tahun akhir ni,
Dan moga KAU berkati usahaku selama ni.

=) amin
 

Sunday, September 16, 2012

 


FINAL YEAR STUDENT

oh next entry lol ~____~


 

Sunday, July 15, 2012

:: Cemburu?? ::


 
Bismillah....
Assalamualaikum...

Uiiiii lama tak update blog. Kerana busy sesangat for last one month. Study week, exam then terus ke manjung untuk praktikal.. Woooo.. saya pelajar latihan industri di Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah...

Jangan kata la busy nya dgn kene buli lagi... Haishh please september come faster... Stress gak la kekadang tu. 

Oke, short update.. hape bahasa aku pakai ni? Layannnn....
Cemburu? Jeles? Dua perkataan yang sama. Tapi CEMBURU ni berasas!!....

Let's say, girl mana yang tak suke bila lelaki yg dia sayang melamar dia? Ce habaq mai... Serius cemburu tengok ramai blogger2 popular yg dah tukar status ke 'puan'.... T___T but of coz happy for them coz dia orang dirikan masjid. bende baik tu bro...!!

Orang kata, kalau kita nak buat bnde baik ni dengan niat ikhlas kerana Allah, Allah akan permudahkan. Syukur alhamdulillah, tengok kebahagiaan dorg even kekadang cemburu jugak. 

But, no worries, insyaAllah dgn izin Allah, aku pun suatu hari nanti ada orang yang akan jadi imam setiap kali waktu solat. Ada teman borak, ada teman tuk luahkan perasaan untuk share suka duka, ada teman nak makan sekali. =)

Moga bila tiba saat itu, Allah permudahkan segalanya. 
Cemburu aku ni berasas. Allah pelihara mereka dengan memudahkan jalan buat mereka mendirikan masjid. 

Ya Allah.... Gembira buat mereka =)

 

Thursday, June 07, 2012

:: Fakta Kehidupan ::


 

Agak agak kalau kau sakit,
Jangan mengadu dengan manusia,
Dia orang takkan faham,
Hanya akan menimbulkan persoalan sahaja,
Tak perlu belas kasihan manusia,
Tak perlu nak ikut sangat manusia,

Kalau ada masalah,
Jangan cerita dengan manusia,
Dia orang hanya akan buat tak tau bila mendengar,
Dia orang akan mempersoalkan lagi apa terjadi sebenarnya,
Simpan dalam hati dan mengadu pada Allah.

Dear Ummu,
Please take a note. No need to go when someone ask u to go out. Simply say, its oke, i have work to do. Rather than they asked u a question that will make u felt like, uhhh like oke. 
Its just, when i talk to my bf about everything, he didn't give a response. Oh yeah, boring.... Same problem and same illness. Yeah of coz he ignore it. Always in sick. Did i want it? NO. I dun wan it too. NO, I dun wan it.
So, just keep it. And pretend that u're oke. No, I just want to protect myself from being hurt by people around me. I keep saying sori n sori n sori just for a simple mistake i do. But they just say it to me once. ONCE...
Forgive other people is a good one. But i keep hurting myself. Sometimes, I may forgive what they have done to me, but I'm sori, I'll never can forget it. I keep it, so I can learn from it. I just want to protect myself when nobody try to protect me from being hurting by them. Dun u know it?
I believe you, yes I did.... But I'm sorry, I'll never say anything to you since you never want to listen to me. Yes, negative thinking. And that is me. Real me. If u cant accept me then leave me. 
I accept all about u, no matter how bad I know about u. But past is past. I still accept you coz who are you. People can change. 
I am sorry. But for me to tell anyone of you about what i feel, its too difficult since u guys always compare it with ur story. Then, its much better if i let it out to Allah. Im not getting hurt but HE will make me feel much better.

I am sorry...... Its too hurt

Monday, May 21, 2012

:: Pening ::


Study Power Electronics sampai lewat pagi macam ni tidaklah best sebenarnya..
Serius baca n faham tapi nk ingat setiap circuit and waveform bagi setiap converter bukanlah sesuatu yang best kerana sekarang aku rasa pening n nak muntah.
Oke tido esok sambung bab PWM.

nitenite all

 

Saturday, May 05, 2012

:: Tahun Akhir ::


 
Bismillah.. Assalamualaikum...

Alrite..., caye ke tak nak caye ke, yess hari selasa ni pendaftaran subjek tahun akhir. 
Kemusykilan bila mana maximum kedit hour adalah 19 dan kedit hours yang dah aku aturkan adalah 20...
Oh my, really need to take subject yg susah sem 7. If anything happen sem 8 boleh membantu. Yang membawa maksud sem 8 subjek sumenya yg senang2. Then, how la ni? Wajib le kene jumpa akak kat fakulti. Or harus tungg sem hadapan n reg manual.

Hah.., lectrr mana yang boleh kamcing ni? Prof Faizal? Oke tak jmpa lagi dah getaq lutut dowhhh. >.<
Tak boleh2. So subjek Control System adalah subjek first kene reg. So junior... eh, senior yang daftar dulukan? =P kekekekke...

Yang dah amik tu plez get away jgn amik subjek kitorg. Then, kalau Machine Design Encik Farid aja adalah chance nk reg sem depan tapi kalau Dekan yang aja maka itu sila kirim salam saja pada subjek tersebut. Then subjek Heat Transfer, Prof Aziz aja... Ada ke chance ni? Kalau siapa rapat dengan dia bolehlah... =( oke. Sila berbaik dengan kami wahai subjek sekalian. 

6 kedit hours je untuk LI. Moga di permudahkan segalanya. Apa lagi erk subjek hmmm yesss final year projek1... Errr apa yg menyebabkan sampai 20 kedit hours? Owh..., subjek mechatronic elective... Aku pilih robotic for beginners >.< ke nk amik computer-controlled? hhmm think abt it first..

Bismillahirrohmanirrohim... Semoga dipermudahkan segala urusan untuk tahun akhir dan semoga sem ini result still maintain.. =) insyaAllah

Aminnn...

Wassalam
 

Friday, May 04, 2012

:: Apabila Di kenali ....::


 

Oke, entry ni xde kene mengena dgn entry sebelum ni =)
Tadi petang lepas buat lab n tolong si zalika settle kan pasal surat sponsor untuk dinner kitorg, kitorg pun pg la ke klinik. N staff kat situ tetibe tegur aku,

satff: 'saya rasa macam penah tengok awak ni...'
me: 'ehhh... sy penah dtg klinik encik sebelum ni.'
staff: 'ohh.. tapi sy rasa macam pernah tgk awak kt wayang.'
me: muka terkejut tarak hingat.... 'eh, tgk cite apa encik?'
staff: 'cite battleship kot.'
me: fuhhh.... 'owhh.. saya pegi dgn dia lah encik (sambil tangan tunjuk ke arah ika) dgn dua lgi kawan prmpuan sy'
staff: 'yeke, tak perasan lak sy. Yang laki tu sapa?'
me: ahhhh sudah... kantoi.. 'errrr rasanya kalau dgn laki tu sy tgk cite avenger.'
staff: 'iye la tu. betul dah tu. sy nampak awak dari tempat parking kete sampai dpn wayang...'
...........................

Oke, jgn carut tak baik >.<
Then dia cecite pasal dia ingt muka student yg dtg klinik sesemualah. Padahal aku dtg klinik 2x kot baru. First pasal nk check gastrik aku, second pasal teman ika amik ubat antibiotik dia. Perghhhh..... 

Dan ini adalah sangat bahaya apabila anda dikenali oleh staff staff ump. >.<
Oke, slmt bila aku jmpa encik Max dia buat buat tak nampak aku .Fuhhh fuh fuh... Lega derrrr...

Yang paling tak tahan statement budak junior doubledegree mechatronic...
'akak bukan dengan MT Smach tu ke? Satu fakulti sudah tau kak...'
Wat the..... apa korang cite pasal kitorg ni hah???

p/s: awak, jangan fikir bukan2 ye. =) sy tak pg klinik untuk ngorat sesiapa pun. hanya untuk check gastrik je. N knp awak tak teman sy >.

 

:: Antara Kisah Cinta Dia n Aku ::


 

Bismillah... Assalamualaikum

Oke hari minggu yang best sesangat sebabnya? Sebab test2 subjek2 yang mencabar dah pun selesai... Hurrr serius.., rasa macam errr aaaa stress.. Tapi alhamdulillah dapat jawab. =)

Nak share pasal apa?
Korg mestilah harus wajib kenal DenaBahrin rite?
She's love story sgt awesome oke. Jeles?
Yes, i am.
Coz, dulu aku penah ada impian nak kisah cinta semacam ini. Tapi Allah tidak berikan aku kisah seperti ni, kisah cinta aku berbeza. Allah nak uji betapa kuatnya iman aku, betapa sayangnya aku pada DIA. Yess,, n aku lupa n alpa n leka dengan kisah cinta aku sendiri.

Now, aku xtau macam mana nak kembali semula. Ini serius dan benar. 
Kepada awak yang mungkin terbaca blog saya or awak sudah busy sgt dgn kerja2 awak, sy minta maaf. Ini bukan salah awak, tetapi salah sy sendiri.

Kisah DenaBahrin bila mana husband dia sekarang masuk meminang dia dulu. N yeah, ini zaman moden mana ada orang kawen atas pilihan keluarga rite? But she did. 

Sebagai seorang perempuan,  n sesama perempuan. Haruslah aku tau macam mana rasanya Dena bila di minta berkahwin dengan pilihan keluarga. Tambahan pulak hati kita sudah sayangkan orang lain waktu tu dan sedang menunggu. 

Tapi selepas dia buat solat istikharah dia terima lamaran suami dia sekarang. 
Sila dengar pepatah ni betul2....
'Kebahagiaan kita terletak atas keredhaan kedua ibu bapa kita. Kalau ibu bapa kita tak redha, hidup kita pun takkan terasa bahagia.'

Dan ini benar, jangan pernah berpaling dari Allah, kembali semula pada DIA. Minta kepadaNya, insyaAllah, DIA akan berikan yang terbaik buat kita. Semua aturan hidup kita ni memang dah tercatit di Luh Mahfuz.

Dan kisah cinta aku tak sama seperti kisah cinta DenaBahrin.
Ye, dulu aku teringin nak ada kisah cinta yang sebijik sama macam DenaBahrin. Dan itu aku tak tipu. Bercinta selepas kawen memang lebih indah. Allh pelihara rasa tu. Bersyukurlah bagi mereka yang tidak merasa lagi perasaan tu.

Nasihat aku jaga dan peliharalah sampai masanya. InsyaAllah, korg akan rasa bahagianya nanti. Ini benar n serius. Tak semua orang mampu hadapi untuk heartbroken berkali-kali. Aku jugak macam tu.
But, its nothing dat i can do. Allah dah tetapkan, sedaya upaya mana pun kita berusaha untuk ubahnya tapi kalau Allah tak izinkan tetap takkan berubah takdir yg telah d tetapkan.

Kami berdua masih belajar =)
Masing2 perlu bina kerjaya masing2.

Dan kisah cinta aku,
Biarlah menjadi rahsia bagi aku,

But one think,
Hati perempuan, seteguh mana pun cinta dia buat lelaki tu tapi kalau lama2 luka yang sama terbenam dalam hati, akan membawa diri jugak.

Guys, perempuan untuk d lindungi dan di sayangi.
Jaga dia sehingga sah menjadi milik anda.
Jangan ikut nafsu. Nanti diri sendiri yang binasa.
Plez kalau dalam keadaan marah atau cemburu,
Jangan main hembur je kata2,
Hati perempuan lama2 pun akan pudar,
Sila fikir secara rasional, amk air wuduk dan minum air suam banyak2.

Oke enough untuk entry ni kali ni.
Dan ini kisah cinta DenaBahrin
Sangat sweet dan sy menangis membacanya =')
Dia dapat merasai nikmatnya selepas kawen seperti kisah yang saya harapkan.

Sekian.. Wassalam
 

Sunday, April 29, 2012

Tentang Rasa


 

Hmmm... sepatutnya aku tak perlu nak update kat fb ke apa ke benda pun tentang status aku yang sebenarnya. Satu fakulti dah sedia maklum....

'Sweet couple'
=P
dan kami berjumpa di tengah2 lobi fakulti kejuruteraan pembuatan di mana semua pelajar akan harus wajib lalu situ kalau hendak pulang ke asrama masing2 atau ke tempat letak kereta student... Ehh.., sejak bila ada tempat letak kereta student kt fakulti??? ~_~''' kami menciptanya sendiri hewhewhew...

tapi tapi tapi, taukah anda, alangkah lagi indahnya kalau korang sebut, 'sweet married couple'..!! 
Oke tu berangan sebabnya kami masih belum sah!
Hmmm tengok si blogger terkenal tu si denabahrin tu kawen aku terus macam...
'Makkk.... i want to get married too... Honey..., can u meet my mom as soon as possible??'
Oke tu semua hanya monolog dalaman... Tak mungkin terjadi kami di satukan dalam masa terdekat, 
Eh... tapi mana tau kuasa Allah.. =)

Then, kol mak cecakap la pasal itu ini itu ini then bgtau mak,

'mak, adik **** dapat masuk Kolej Matrikulasi Perlis, dikpon dapat mana mak?'
'Adik pon dpt polythec-mara kat ipoh. Ada bidang dia kat situ.. Hmm bagus la tu. Allah dah aturkan semuanya.'

Dan aku pun senyum je walau mak tak nampak =)

Buat mereka yang di luar sana, (macam ramai jela kan yang baca belog kau hurrr ~_~)
Kalau boleh jangan couple waktu belajar. Kadang2 yes couple time belajar ni banyak bagi manfaat dan galakan tapi lagi bagus kalau kau orang terus je ke hubungan yang sah. Lagi la kau orang rasa d redhai oleh Allah. Hati pun tenang, tak perlu risau bila keluar berdua-duaan dah hah... Dosa pun berkurang =)
Jangan jadi macam aku. Well, ini nasihat yang perlu semua ikuti sebenarnya.

Ya Allah,
DenaBahrin beruntung sebab Allah pelihara rasa cinta itu sehingga dia sah jadi isteri orang. =)
Sesungguhnya bercinta lepas kawen sangatlah best dan romantik. =)
First time kau orang keluar bersama terus boleh pegang2 tangan, nak peluk2 depan orang ke... (ini hanya imaginasi yang terlebih lampau)
semua pun xpe sebab kau orang dah halal.

Tak salah kawen waktu belajar pun. Owh sila rujuk di post tentang nikah khitbah yang pernah aku pos dulu.  
Its about komitmen yang korg dah ready nak berikan. Its a big step hah...

Bdw, stop here. I need to go to ika's room. n a lot of things to do. Plus my nose uhhh... cecair asyik kuar je... konklusinya, saya tidak sihat...!!!

until next entry, will be more informative... tata

Wassalam..
 

Thursday, April 19, 2012

:: Ujian Ilahi ::



Bismillah
Assalamualaikum,

Firstly, my emosi seriusly not in stable condition. Its jus like, 'hey, i want to cry. I want to let it out'. But my ego said, 'hold it. did u wan them to see u such a weak person?'...

I keep hold it, n now i juz want to cry but still i keep it deep inside my heart. 

'Hey, u still can hold it?'
'No, i wan to be away away away n far away from here.'
'Then?'
'Coz i love them. Once i love someone, i love them forever. Even i know them in short period.'

Ya Allah,
KAU tidak akan menguji hambaMu,
melainkan mengikut kemampuannya,
KAU uji aku dengan musibah ini,
dan aku terima dengan redha,

Ya Allah,
aku tidak mampu laluinya lagi,
aku jua insan yang lemah,
satu dari dua kekuatanku,
telah KAU ambil setahun 5 bulan yang lalu,

Ya Allah,
KAU hadirkan kepadaku
kekuatan yang lain
namun KAU uji ku
dengan ujian yang tidak mampu kuhadapi

Ya Allah,
keampunanMu ku pohonkan,
tanpaMu, aku tidak perdaya,
hilang punca dan arah,
hanyut alpa di arus bergelora,

Ya Allah,
redhakanlah hatiku dengan ketentuanMu,
andai ada salahku dengan manusia lain,
akan ku berusaha untuk memohon kemaafan dari mereka,

Ya Allah, 
kemaafan dariMu yang aku pinta,
kerana kealpaan aku selama ini,
kelekaan aku selama ini,

Ya Allah,
padaMu aku memohon dan meminta...

Wassalam...

 

Wednesday, April 18, 2012


 

Sometimes...
Penat layan kerenah orang
Yang hanya nak org fikirkan pasal dia sahaja. 
Obviously, please think about others too
You are not alone in this world,
U leave with the others.
Consider it please


Monday, April 16, 2012


 

Bismillah

Sebenarnya, bukan xnak update blog ni. But consider my condition now, dalam keadaan kurang sihat dan masalah peribadi sedikit. Dan sedang cube perbaiki segala masalah yang ada. InsyaAllah akan kmbali menulis semula. Banyak bnda yang nak di kongsikan dengan semua. 

Semuanya yang di hadapi ni boleh di jadikan pengajaran supaya kita tidak buat perkara yang sama juga. Banyak ni yang boleh di share kan. InsyaAllah kalau xada aral melintang akan update ttg kisah kehidupan dis weekend.

Thanks for visit my blog yg tak seberapa berbanding blogger malaysia yang lain. =)

Wassalam

 

Thursday, March 29, 2012

:: CINTA ::


 

Cinta,
Banyak buat hati ramai terluka,

Cinta,
Selalu membunuh perasaan ramai,

Cinta,
Banyak buat hati terluka tanpa di ubati,


Sambung study last paper exam midterm.
 

Wednesday, March 28, 2012


 

Saya student tahun 3 jurusan sarjana muda kejuruteraan mekatronik dan akan menjalani praktikal pada bulan 6 nanti di TNB Janamanjung.

InsyaAllah akan menamatkan pengajian pada bulan 6 tahun 2013 dan saya sudah bakal berumur 22 tahun pada tahun ini. 

Sekian, stress study >.<

Ape ni buku rujukan semua xde bergantung dekat equation yg d tulis di whiteboard SAHAJA!

 

:: Short Entry ::



Dah la semalam ada drama sebabak dekat blog aku sampai cerita tu opsss 'drama' tu jadi hot story, hot stuff, 'drama of d year' bla bla bla bla dekat sini. Kalau aku tak cerita pun ada je blogger UMP lain akan cerita. 

Di pendekkan cerita, drama sebabak ini buatkan aku xboleh tido sebab hottttt story beb... All girl gather dekat blok aku. Kan dah cakap cerita ni memang hot dah macam dalam drama melayu dah aku tengok.

>.<  bangun tdo pastu stdy test German... Memang tak konsider org ke hape drama sebabak semalam. haishh... xnk amik tau aku kenal jgk budak tu. Kecian le jgk, tapi hape peduli.... Dah tu NOW need to stay up for test thermal esok yg entah apa aku belajar selama ni pun aku xtau kerana memang einstein habis lectrr tu. Oh ye ini einstein kedua di Fakulti saya. tapi sy bangga ada lectrr mcm ni. =)

Segala bagai equation yg tak berjaya di rungkai oleh aku. >.< of coz la coz die lectrr jd die haruslah tau apa yg d tuliskan. n last test ari jumaat. n tahniahhhh xstdy pun lg subject tu. =.=''''' 

then CUTI!!! yeayyyy

=.=''' Ummu sila kekalkan pointer anda sekarang. 

sekian

p/s: sambung study. bai
 

Thursday, February 02, 2012

Di Belit Ular Ketika Berzina



Nauzubillah....

Dibelit Ular Ketika Berzina(KISAH BENAR)

BACA... FAHAM..... HAYATI.....
SEBAR DAN SAMPAIKAN PADA SAHABAT KITA YANG LAIN..

KITA PEMUDA PEMUDI ISLAM...
KITA UMAT ISLAM PEDULI...
ALLAHU AKBAR...!!!

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya. "Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan.Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya. "Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas.

Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut. Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya. Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah.

Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah. Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.

Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama. Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan. Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan. Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya.

Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat hati meminta tolong.

Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut.

Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut. "Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk. Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular.

Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina. Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin. Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA : "SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."

P/S:Pelakuan maksiat ketika muda remaja selalunya menghantui hingga ke tuamu wahai remaja. Dosa-dosa itu menggelapkan hati daripda menerima nur dari Allah SWT. Keseronokan berpoya-poya hanyalah palsu belaka, sedikitpun tidak membantu di alam akhirat malah ia membawa beban yang cukup berat, takut tergelecek jatuh kita ke neraka,ambillah iktibar dari kisah.Semoga rahmat, taufik dan hidayah Allah bersama kita semua dan semoga dijauhkan dari murka Allah dan azab yang dijanjikannya..

Lepas baca harap share...sebarkan jika tak mahu zina dan pembuangan bayi berleluasa
Sumber:https://www.facebook.com/maar.rahman
 

Monday, January 23, 2012

:: Nikah Khitbah ::


 

Bismillah.. Assalamualaikum

Da lama tak update belog. Bukan malas tapi baru sihat dari terkena food poisoning. Okeh, asal entry asyik pasal nikah kawen ni? Sebabnya ramailah blogger blogger muda n para twitter muda yang kawen muda. Oke word yang sangat cantik, 'muda' =.='''

Housemate aku pun kawen muda. So, sedikit perkongsian di sini. Boleh baca dekat iluvislam macam biasalah ye.

Nikah Khitbah... Apa tu?

 Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam. 

Oke tuk full pasal topik ni boleh baca dekat sini

Islam tak halang untuk kita kawen muda tapi menggalakkan lagi. Yelah, kalau tengok sekrang ni banyak baby baby yang lahir dengan dari hasil hubungan yang HARAM. Nauzubillah, mintak di jauhkan diri dari tersasar macam tu. 

Dah tu jadilah nanti anak anak yang mangsa kerana perbuatan terlarang ibu bapanya yang lampau. Padahal anak anak kecil tu tak bersalah pun. Kalau tak nak bak sini dekat aku. Bayi ni adalah pembuka pintu rezeki bagi setiap pasangan. Bersyukurlah.... n bertaubatlah. Jangan nak buat dosa lagi...

Macam mana ni boleh berlaku?

Antara pasangan tu akan ada yang ketika. Siapa? Mestilah syaitan yang telah berjanji nak sesatkan umat manusia. Bila dah berdua pasangan tu, maka salah satu mesti ada yang tergugat imannya dek hasutan syaitan. Ya Allah, mintak di jauhkan perkara ini.

Jadi untuk elakkan perkara macam ni berlaku, baiklah di nikahkan dua orang pasangan ni. Tapi niat tu mestilah betul jangan semata mata kau orang nk puaskan kehendak sendiri lepas tu rumah tangga tunggang langgang. Eh betul ke aku eja ni? Errrrrr


Sila klik link tersebut untuk lebih maklumat ttg nikah khitbah.

Jadi, dari kome buat sesuatu luar jangkaan apa kata kome khitbah kan diri... Tak salah pun, cume sama ada bersedia atau tak.

Tapi tak bestnya untungnya budak budak uia... Dorang ada elaun kot untuk student yang kawen sesama student. Tapi haruslah student uia jugak... Tak ke bagus tu, elakkan maksiat. Aaaaaaaaaaaaa oke aku memang xdapat belajar dekat uia... Fact!!

Ya Allah, mintak di jauhkan aku dari melakukan maksiat. Peliharalah diriku dan diri nya sehingga sampai waktunya.. Amin...

Oke, bukan nak kata gatal miang nak kawen tapi sekadar berkongsi pengetahuan yang ada. Tak salah untuk belajar bab bab ni. Bdw aku sendiri dalam proses belajar lagi ttg Islam sebenarnya. Tak ada manusia yang sempurna. Ada je manusia yang buat salah dan silap. =)

Wassalam....
 

Monday, January 16, 2012

:: Hakikat Cinta ::


 

Bismillah... Assalamualaikum...

Dah lama tak update, biasalah janji melayu kata nk buat mcm mcm alih2 diam je... Dan aku adalah melayu.

Hmmmm..., 'CINTA'.. Semua org pernah rasa aku rasa. Tapi hakikatnya, perasaan cinta tu boleh berubah tapi orang lain tak pernah sedar akan hakikat tu.

Berjanji bagai nak rak itu ini tapi akhirnya diri sendiri tak sedar janji yang di buat tu makan diri sendiri. Jangan pernah berjanji kalau tak mungkin tepati. 

Perasaan manusia pun kadang kadang macam angin jugak... Kadang kadang angin tu terus terusan menghembus ke badan kita, buatkan kita rasa nyaman sentiasa, tenang dan gembira. Tapi bila angin mula berkurang, kita akan rasa diri kita sudah tak senyaman dulu, xsegembira dulu... 

Kalau tengok cerita dalam tv tu, aku tak rasa betul betul wujudnya kisah macam tu. perempuan akan sentiasa, terus terusan mencintai dan merindui, tpi tidak bagi lelaki. Ada pasang surut nya. Dan ini adalah hakikatnya. The reason y im afraid to fall in love is coz of dis. Mungkin orang lain nampak aku kuat, tapi tu semuanya luaran je. 

Bila kita cintakan seseorang, 
Kita akan jaga dia,
Sepenuh hati kita, seikhlas hati kita,

=)
Maybe coz aku sudah kehilangan seorang yang amat aku sayang, jadi aku lebih tau rasanya untuk hilang buat kali kedua, tak mampu lagi rasanya.

Aku belajar hargai setiap orang yang ada di sekeliling selagi masih ada. Sebab selepas tu, kita takkan tau apa akan jadi, sebab manusia takkan kekal di dunia. Begitu jugak cinta manusia. Yang kekal hanyalah cinta Ilahi,

Hakikat cinta, xada sape boleh sangkalkan. Inilah yang terjadi. Inilah kehidupan yang nyata.

Dan aku serahkan segalanya hanya pada-Nya,
Yang lebih mengetahui akan sesuatu yang tidak mungkin di ketahui oleh manusia,
Dan DIA juga lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba hambaNya...

Wassalam...