Blogger Templates

Thursday, November 29, 2012

:: Kisah Aku ::



Bismillahhirrohmanirrohim....

Dear readers....
Ini adalah kisah aku, kisah yang aku rasakan patut menjadi pedoman.Mungkin blog aku tak la sepopular blogger yang lain. Aku menulis bukan untuk mecari publisiti. Aku menulis sebab tuk luahkan perasaan sahaja. Nothing to share actually.

Here's the story...
Aku suatu ketika dahulu punyai pendirian untuk tidak bercouple sekali lagi selepas aku sendiri minta putus dengan seseorang. Dan ketika saat aku break off dgn seseorang tu sebenarnya aku masih sayangkan orang lain. Dan bukan itu pendirian aku, aku tetapkan dalam hati andai suatu hari nanti ada orang sukakan aku, ak harapkan dia terus masuk minang dan gunekan cara yang betul dan bukan dgn bercouple ni. Dan saat keputusan aku tu di buat, abah baru kembali ke rahmatullah ketika sedang menunaikan ibadah Haji. Aku kuatkan hati demi adik2 dan mak, aku berjanji tuk belajar rajin2 walau saat tu aku lemah untuk terus melangkah. Langkah aku sebelum ni aku atur satu demi satu dgn tunjuk ajar dari arwah abah, lepas abah pergi....aku hilang sekejap. Gelap....Langkah aku terhenti... Sehingga aku mendengar ayat yang keluar dari mulut adik aku.... 

'kokmu...sekolah nk buka dah. Boleh ke siti beli alat2 sekolah ni? Ada duit tak?'

Ya Allah...saat tu adik yang masih xtau...Abah tinggalkan segalanya untuk kami. Sebelum pemergian abah lagi, mak telefon dari mekah minta supaya keluarkan sedikit demi sedikit bonus yang abah dapat untuk bulan tu. Sebab waktu tu, kondisi abah bukan setakat koma tapi sudah mati otak. Yang membawa maksud tidak dapat d selamatkan lagi oleh mana2 doktro di dunia ni. Dan hanya kami adik beradik yang tidak tahu dan tidak di beritahu sehingga satu hari di pagi hari kami di kejutkan dan di beritahu untuk bersedia hadapi sebarang kemungkinan. Air mata kami adik beradik....

Ya Allah betapa kami berdoa supaya abah dapat di kembalikan ke Malaysia semula dan mendapatkan rawatan di sini. Dan yang berlaku sebaliknya di mana abah koma di saat kami di beritahu ketika itu.

Maksu..paksu..makjang...pakjang...paklang..maklang dan semua sekali... Terima kasih sebab sudi menjaga kami adik beradik bergilir gilir sehingga mak pulang semula ke Malaysia bersama abg wan. =)

Aku rasa apa yang aku perlu lakukan berdiri atas kaki sendiri dan berjaya tamatkan degree dalam engineering ni. Sampai suatu saat tu.....pendirian aku di cabar. Dan kerana cinta aku leburkan pendirian aku dengan harapan dia akan tunaikan segala janji yang di katakan dulu. 

Walau berkali kali hati ni terasa di lukai walau banyak kali keimanan ni di goyahkan aku masih terima dan masih rasa dia akan berubah. Manusia boleh berubah seperti mana aku berubah saat perginya abah aku...dari seorang yang pemarah dan pendiam...aku jadi penyabar dan periang demi adik2 dan mak...

Berkali2 aku berdoa moga Allah buka kan pintu hati dia untuk berubah dan ingat janji janji nya dahulu. Aku sendiri tak tau apa kesudahan cerita kami. Aku sendiri tak pasti.....aku akui kekhilafan aku...Dosa aku terlalu banyak. Dan aku yakin Allah itu maha Pengampuan. DIA akan terima kembali taubat aku.

Sehingga datang seorang lelaki yang sanggup sabar dengan perangai dan tingkah laku aku. Dia cube menjadi air ketika aku sedang menjadi api yang besar. Dia sanggup menunggu aku walau tau aku sudah berpunya. Lembut hatinya....Walau apa pun xdapat nak lenturkan rasa cinta aku pada lelaki tu walau dengan kelembutan dan kesabaran dia pada aku.

Tidak aku tahu kenapa Allah berikan aku rasa cinta ini. Hikmah ada di sebalik waktu, dan waktu itu tidak tiba lagi mungkin. Rasa cinta itu masih ada sehingga kini walau aku rasakan hati ni terlalu tidak mampu untuk hadapi lagi...Dia yang selalu sibuk dengan kerjanya, dia yang selalu pinggirkan aku, dia yang selalu lepaskan marahnya padaku, dia yang tidak mampu lagi bagiku untuk bertahan dengan kerenahku. Dan itu yang aku rasakan. Namun rasa sayang itu masih tidak mampu beralih lagi.

Dan ada lelaki yang lembut hatinya dtg dan menghulurkan tangan namun aku menolak sekali lagi. Kerna aku tahu aku tidak mampu lagi lepaskan orang tu. 

Ya Allah...
Aku ingin kembali kepadaMu,
Maka jika dengan menghilangkan ingatanku terhadap dia mampu buatku kembali padaMu,
Aku rela, asalkan aku ada KAU....
dan KAU bukakanlah hatinya untuk kembali kepadamu,
dan menyedari akan kesalahan yang dilakukannya...

Dan setiap kali aku post mcm ni mesti aku fikir semula.....dia baca ke? Apa dia akan cakap nanti? Dia akan marah ke? Dia akan tak pedulikan aku langsung ke nanti?

Duhai hati,
tetapkanlah iman di dadamu,
Jika dia tidak mampu membimbingmu,
maka lepaskan ia pergi,

Duhai hati,
cinta itu masih kuat,
dan cinta itu yang lemahkan dikau,
dan cinta tu buatkan kau jadi begini....

Jangan pernah sesekali izinkan rasa itu bertapa sebelum tiba masanya....lelaki yang lembut hatinya..., kau akan jumpa juga dengan seorang perempuan yang baik untuk di jadikan isteri. Aku bukan perempuan yang baik untuk kau...

Untuk dia,
saya takkan tuntut satu pun janji yang pernah awak buat dahulu...
saya takkan minta apa2 pun dari awak lagi...
saya akan berada di belakang awak...perlahan lahan dan biarkan awak mencari siapa diri awak yang sebenarnya.
dan awak......perlu tahu menghargai dan memberi...
Bukan sekadar rasa dihargai dan diberi...

Allah tahu apa yang terbaik untukku...dan perjalananku masih panjang. DIA sudah aturkan segalanya, dan aku berusaha untuk kembali padaNya. Kerna DIA tidak akan pernah lupa pada janjiNya, dan DIA tidak akan pernah tinggalkan hambaNya dan DIA tidak pernah melukai hati hambaNya...

cinta sebelum halal....tidak seindah yang dibayangkan....hati2 memberi hati pada orang. Berikannya pada yang tahu menghargai bukan setakat beberapa bulan yang pertama. Tapi untuk selamanya...berkahwin juga begitu, bukan untuk sehari dua, bukan untuk sebulan dua bahkan bukan untuk setahun dua tapi untuk selamanya dan sekiranya boleh sehingga ke syurga kelak...

Wassalam....